Perfileman dan seni persembahan memiliki
sejarah yang cukup panjang. Seni persembahan dipercayai bermula di
Yunani dan berada di puncak kegemilangan sekitar 550 sebelum masihi
sehingga 220 sebelum masihi. Pada zaman tersebut, seni persembahan
adalah salah satu acara dalam festival untuk menyambut dan memuja dewa
Dionysus. Festival ini penuh dengan ritual keagamaan paganisme dikenali
sebagai festival Dionysia. Pelakon paling lama direkodkan adalah Thespis
yang hidup 500 sebelum masihi. Beliau cukup popular pada zaman tersebut
sehingga digelar Father of Tragedy. Acara ini bukan sahaja
mendapat sambutan di Yunani tetapi turut menular ke tanah jajahan
mereka. Ia kemudian berkembang dengan pesat seiring berkembangnya
teknologi dan teknikal perfileman pada abad ke-20. Antara negara yang
paling hebat perkembangnya adalah Amerika Syarikat, Britain dan
Perancis. Negara-negara ini merintis kepada seni persembahan yang dapat
kita lihat hari ini. Oleh yang demikian, di bawah adalah beberapa fakta
berkisar kepada perfileman.
- Filem paling awal dibikin dan masih lagi dijaga dengan baik oleh arkib adalah filem Roundhay Garden Scene. Filem yang berdurasi hanya 2.11 saat diterbitkan pada tahun 1888 dalam bentuk silent. Ia diarahkan oleh Loius Le Prince di United Kingdom.
- Filem The Great Train Robbery yang diterbitkan pada 1903 adalah filem pertama yang lengkap dengan jalan cerita. Lebih menarik, filem ini mendapat sambutan yang cukup memuaskan. Durasi filem ini adalah 12 minit namun sudah cukup panjang pada era tersebut.
- Thomas Alva Edison bukan sahaja seorang
pencipta yang prolifik tetapi juga seorang pencinta seni. Beliau banyak
bertanggungjawab kepada perkembangan teknologi dan teknikal filem di
Amerika. Studio produksi pertama di Amerika dibina oleh
Thomas Alva Edison yang dikenali Black Maria pada 1893. Ia ditempatkan
di West Orange, New Jersey. Di studio ini menempatkan sejenis alat yang
dikenali Kinetoscopeciptaan Edison dan pekerjanya, William Dickson.
Studio Black Maria
- Era kegemilangan filem senyap(silent era)
berakhir pada tahun 1929. Sepanjang tempoh tersebut, sudah banyak filem
berjaya dihasilkan dan tidak kurang daripadanya mengaut keuntungan
berlipat-ganda. Filem The Birth of a Nation yang diterbitkan
pada 1915 mengaut keuntungan sehingga $50,000,000 berbanding bajetnya
yang hanya $110,000. Filem ini diiktiraf sebagai filem silent paling menguntungkan sepanjang zaman.
- Selepas berakhirnya era filem senyap, filem suara atau lebih dikenali sebagai “talkie” mula mengambil alih. Filem talkie pertama adalah The Jazz Singer yang diterbitkan pada 1927. Miskipun ada beberapa filem lain diterbitkan dengan dialog bersuara, namun filem The Jazz Singer
merupakan filem panjang pertama yang menggunakan dialog bersuara.
Pelakon lagenda, Al Jolson(26 Mei 1886 – 23 Oktober 1950) memainkan
peranan sebagai teraju utama sebagai penyanyi berkulit hitam dengan
mengecat keseluruhan mukanya dengan cat hitam.(Al Jolson adalah lelaki
berkulit putih)
- Skor Filem adalah bunyi asli yang sentiasa mengiringi perjalanan sesuatu filem. Ia memainkan peranan besar kepada mood filem yang ditayangkan. Skor Filem pertama yang diketahui
digunakan untuk filem adalah filem yang dihasilkan oleh adik-beradik
Lumiere pada 1895. Walaubagaimanapun, skor filem untuk filem The Assassination of the Duke of Guiseyang diterbitkan pada 1908 adalah skor filem paling terkenal.
Satu adegan dalam filem Assassination of the Duke of Guise
- Filem berkonsepkan sains fiksyen pertama dihasilkan adalah filem A Trip to the Moonyang
diterbitkan pada tahun 1902. Filem ini dihasilkan oleh George Melies
dan dibantu oleh abangnya, Gaston. Ketika ditayangkan, filem ini cukup
popular dan menjadi inspirasi kepada filem sains fiksyen kemudian
harinya.
Satu adegan dalam filem A Trip to the Moon
- Filem pertama yang menggunakan teknologi komputer bagi menghasilkan kesan kepada visual adalah filem Andromeda Strain
yang ditayangkan pada tahun 1971. Efek yang dihasilkan untuk filem
tersebut cukup menggagumkan pada era tersebut. Kerja keras ini
diterjemahkan oleh tiga individu iaitu Douglas Trumbull, James Shourt,
dan Albert Whitlock.
- Filem pendek, The Hunger adalah filem komputer animasi pertama yang dicalonkan untuk Academy Award dalam kategori Filem Pendek Terbaik. Filem yang berdurasi 11 minit ini dihasilkan oleh National Film Board of Canada dan pengarahnya adalah Peter Foldes. Filem ini diterbit pada tahun 1974.
- Filem pertama yang menggunakan teknik CGI dalam pembikinan filem adalah filem Futureworld
yang diterbitkan pada 1976. Kerja keras untuk filem ini telah menerima
habuan setimpal apabila dianugerahkan Anugerah Akademi Saintifik dan
Kejuruteraan pada tahun 1994.
- Filem pertama yang menggunakan teknik animasi komputer 3D adalah filem Star Wars
pada 1977. Teknik 3D yang dipaparkan dalam filem ini cukup ringkas
tetapi memadai untuk berada setapak daripada filem-filem lain yang
diterbit sezaman dengannya. Teknik 3D dipapar melalui visual simulasi ‘Death Star Trench’ bagi membantu juruterbang pihak pemberontak untuk menghadapi peperangan sebenar kelak.
- Filem pertama yang menggunakan karektor CGI adalah filem Young Sherlock Holmes. Ia diterbitkan pada 1985. Jurutera komputer daripada Pixar bertanggungjawab menterjemahkan karektor ini di filem.
- takusahrisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan