Rabu, 18 April 2012

Perkakasan Doktor Gigi Pada Abad Pertengahan.

Sejarah perubatan pergigian telah diketahui bermula sejak lebih 7000 tahun yang lampau di tamadun Indus. Pembuktian menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman tersebut menggunakan anak panah atau batu tajam untuk menggerudi gigi yang rosak.

Sekitar 5000 tahun yang lampau, teks purba Sumeria, India, China, Jepun dan Mesir ada mengatakan perihal penyakit berkaitan gigi. Teks Sumeria misalnya, menggelar penyakit ini berpunca daripada ‘ulat gigi’. Penyair terkenal, Homer turut mempopularkan ulat gigi sebagai punca kepada penyakit gigi dalam salah sebuah karyanya.


Kisah perubatan pergigian cukup panjang. Menjelang abad pertengahan, teknik perubatan moden mula berkembang. Para ahli dalam bidang perubatan pergigian mula mencipta alat atau perkakasan bagi memudahkan tugas mereka merawat pesakit. Walaubagaimanapun, alat dan perkakasan mereka tidak sepertimana yang ada pada hari ini. Sesetengah daripadanya boleh menyebabkan penyakit berfikir berpuluh kali sebelum menerima rawatan. Percaya atau tidak, pembaca boleh lihat di bawah.


 














takusahrisau

OPFN : Ngeri den melihatnya.......... kalau alau alat diguna la ni mau anak den lari bila nak jumpa doktor gigi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...