Sabtu, 21 April 2012

Gambar Unik Luar Dan Dalam Kapal Angkasa Discovery


Discovery sewaktu diletak diatas Boeing 747

Rasanya semua orang tahu kapal terbang angkasa AS yang bernama Discovery. Sebuah kapal angkasa yang lasak dan telah beberapa kali melakukan penerbangan ke angkasa lepas. Kali ini, kapal tersebut telah membuat penerbangan terakhirnya diatas sebuah pesawat Boeing 747 mengelilingi ruang udara Washington sebagai satu penghargaan keatas kapal tersebut. Kali ini aku mencari beberapa keping gambar Discovery tersebut luar dan dalam melalui bantuan pakcik google.


WASHINGTON - Kapal angkasa Discovery yang diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747, melakukan penerbangan simbolik sebelum ia mendarat berhampiran sebuah muzium, tempat ia disimpan di ibu kota AS di sini kelmarin.

Discovery yang melakukan penerbangan sulung pada 1984, terbang mengelilingi ibu kota AS berkenaan selama sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.

Kapal angkasa berwarna hitam dan putih milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) itu kelihatan lusuh selepas melakukan 39 misi ke angkasa lepas.

"Ia seperti menghantar ahli keluarga anda menetap di tempat lain," kata seorang angkasawan NASA, Nicole Stott.
Discovery melakukan misi terakhir ke angkasa lepas pada Februari dan Mac tahun lalu melibatkan perjalanan pergi balik ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mengambil masa 13 hari.
Daripada tiga buah kapal angkasa milik AS termasuk Endeavour dan Atlantis, Discovery adalah yang tertua dan paling kerap terbang ke angkasa lepas.

Pusat kawalan NASA menyatakan, Discovery menghabiskan masa 365 hari di angkasa lepas dan terbang sejauh 241 juta kilometer sepanjang perkhidmatan kapal angkasa berkenaan. - AFP 

 
 
Sewaktu dalam perkhidmatan..Discovery 

Angkasawan NASA bergambar berlatarbelakang Discovery 

Saat untuk diangkat diletak atas Boeing 747 






 
 
Tandas kapal angkasa Discovery
lamankongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...