Ahad, 29 April 2012

Tahukah Pembaca bahawa..


1.         Tahukah pembaca bahawa Koala mempunyai masa tidur yang cukup lama iaitu selama 20 jam untuk satu hari. Ini bermakna, Koala hanya mempunyai masa selama 4 jam untuk melakukan sebarang aktiviti harian.

2.         Tahukah pembaca bahawa Penjara Negeri San Quentin di California mempunyai poskod sendiri iaitu 949974. Lazimnya, sesebuah daerah atau wilayah sahaja yang diberi poskod bagi memudahkan pemetaan dan tujuan surat menyurat.


3       Tahukah pembaca bahawa Napoleon Bonaparte pernah memberi ganjaran 12,000 francs  kepada Nicolas Appert kerana telah berjaya mencipta makanan dalam tin. Makanan dalam tin sangat penting untuk tentera Perancis pimpinan Napoleon kerana mampu bertahan selama berbulan-bulan lamanya.

4.         Tahukah pembaca bahawa tasik di kawah Gunung Berapi Ijen, Indonesia adalah tasik yang mengandungi asid sulfirik. Menurut seorang ahli geologi, asid tersebut dicatat serendah pH 0.5-cukup untuk meninggalkan parut pada kulit manusia!

                                Tasik di Gunung Berapi Ijen.

5.         Tahukah pembaca bahawa baju pengantin Lin Rong yang berkahwin pada Ogos 2009 di Jilin Province, China mempunyai 1.2 batu panjang! Ia memerlukan lebih daripada dua orang diupah untuk mengangkat kain beliau.

6.         Tahukah pembaca bahawa lelaki Renaissance terkenal, Leonardo Da Vinci telah menulis lebih daripada 13,000 muka surat yang kebanyakkan adalah tulisan dan lakaran beliau berkaitan kejuruteraan, kesenian, metalurgi dan macam-macam lagi.

7.         Tahukah pembaca bahawa spesies katak daripada Panama, Panamian Golden Frog berkomunikasi dengan melambai-lambaikan tangannya.

Panamian Golden Frog

8.       Tahukah pembaca bahawa dengan menggunakan tangan kiri, sangat sukar untuk seseorang itu menulis lebih daripada 3000 patah perkataan di keyboard normal.

9.        Tahukah pembaca bahawa semut akan menculik anak-anak semut daripada koloni yang lain bagi dijadikan hamba di koloni mereka. Ia hanya akan berlaku apabila koloni mereka tidak mampu menghasilkan semut-semut yang ‘baru’. Menarik bukan?

10.       Tahukah pembaca bahawa U.S Food and Drug Administration membenarkan 60 bahagian dalam anggota serangga  dalam 10 gram sampel coklat.!erkkk~

11.       Tahukah pembaca bahawa Tustin Muins, 6 tahun daripada North Platte, Nebraska telah memandu lori sejauh beberapa batu sehingga dia menemui pengawai polis yang sedang bertugas. Tindakan nekad Muins yang ketika itu masih lagi berumur 6 tahun disebabkan oleh bapanya yang diserang serang jantung ketika sedang memandu. Tindakan berani adalah untuk menyelamatkan nyawa orang tersayang.(walaubagaimanapun, bapa Muins didapati telah meninggal dunia sewaktu pengawai polis menemuinya).

12.       Tahukah pembaca bahawa jantung seekor paus hanya berdenyut 10 kali dalam seminit. Satu jumlah yang sedikit berbanding saiz jantungnya yang sangat besar.

13.       Tahukah pembaca bahawa Shih Huang Di(259BC-210BC) adalah maharaja pertama China. Beliau telah dikebumikan di sebuah kawasan rahsia di bawah tanah. Satu dokumen purba menggambarkan bahawa kawasan perkebumian maharaja tersebut dipenuhi oleh sungai yang airnya adalah merkuri. Sehingga ke hari ini, kawasan perkebumian tersebut masih belum ditemui.

14.       Tahukah pembaca bahawa sebuah simpang T di Aizu-Waikamatsu, Fukushima Prefecture, Jepun mempunyai dua batang lampu trafik yang bertukar hijau pada waktu yang sama selama 30 tahun. Ajaibnya, hanya satu kemalangan sahaja yang berlaku sepanjang 30 tahun tersebut iaitu pada Jun 2009.!

15.       Tahukah pembaca bahawa Aya Ali  Al-Mulla daripada Arab Saudi memenangi pertandingan ratu cantik tanpa menunjukkan wajahnya. Beliau bertekad memakai purdah dalam pertandingan yang memperagakan kecantikan tersebut.

16.       Tahukah pembaca bahawa pasir yang dipanah petir akan serta-merta bertukar menjadi kaca. Kaca tersebut digelar Fulgurite.!

17.       Tahukah pembaca bahawa susulan gegaran sekuat 7.8 skala Richter di Tasman Sea pada Julai 2009 membuatkan sebuah pulau di utara New Zealand beranjak 12 inci lebih dekat kepada Benua Australia.

18.      Tahukah pembaca bahawa China mempunyai stok wang asing paling besar di dunia iaitu $2,000,000,000,000. Ia menjadikan China antara kuasa besar dalam penguasaan mata wang di dunia.!
 takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...