Khamis, 26 April 2012

Tip Untuk Hadapi Cuaca Kering Dan Panas Dijangka Bermula Mei Hingga Sept

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan cuaca panas dan kering pada monsun barat daya yang akan melanda negara bermula Mei hingga September depan tetapi ia tidak seteruk tahun-tahun sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah Aplikasi JMM, Alui Bahari berkata keadaan cuaca kini yang sering berubah-ubah dan tidak menentu adalah disebabkan berlakunya peralihan monsun dan dijangka kembali normal menjelang penghujung bulan ini.





"Keadaan suhu laut yang normal bagi monsun barat daya ini banyak mempengaruhi perubahan cuaca menjadikan keadaan panas kering bagi monsun kali ini dijangka tidak seteruk tahun-tahun lepas," katanya kepada Bernama di Forum Iklim Kebangsaan Monsun Barat Daya di sini.

Beliau berkata cuaca panas dan kering kali ini diramal mencapai suhu maksimum sehingga 34 darjah celcius dan suhu minimum adalah 23 darjah celcius.

Alui berkata cuaca panas dan kering mampu mencetuskan keadaan berjerebu dan ia tidak dapat dielakkan namun ia mampu dikurangkan sekiranya masyarakat tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka.


Namun itu adalah kehendak Allah SWT. Kita sebagai manusia perlu menghadapinya, dan kita perlu tahu mengenai tips menghadapi cuaca panas. Jom baca info tentang cuaca panas ini...

Apakah gejala yang timbul sewaktu cuaca panas yang melampau ? Tengok senarainya di bawah.
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Kejang atau lemah otot-otot
  • Mual @ muntah
  • Kekeliruan,dehidrasi dan paling teruk tidak sedarkan diri ( koma )
Cuaca panas memang terbukti dapat memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia.Kesannya boleh jadi sederhana sahaja,namun jika alpa,boleh menyebabkan maut,contohnya apabila berlaku strok haba.

Siapa yang berisiko ?
a) Individu yang terbabit dengan kegiatan fizikal di luar rumah seperti buruh,peladang,petani,ahli sukan,tentera,polis dan lain-lainnya.
b) Orang dewasa berusia 4o tahun ke atas.Golongan ini 10 kali ganda berisiko berbanding orang yang lebih muda.
c) Kanak-kanak dalam lingkungan 5 tahun ke bawah.
d) Penghidap penyakit sistem pernafasan.
e) Pesakit darah tinggi,jantung,kencing manis dan penyakit kelenjar tiriod.
f) Risiko bagi penghidap penyakit di atas meningkat jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang pengaliran haba keluar daripada proses penyejatan atau pengeringan peluh.

Jadi,untuk mengelakkan berlakunya gejala-gejala seperti di atas,kita perlu:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira apa aktiviti yang dilakukan. Jangan tunggu sehingga berasa dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam & mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Seboleh-bolehnya kekalkandiri supaya berada di dalam rumah,bangunan atau tempat berbumbung.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Banyakkan berehat.
  • Mandi lebih kerap atau guna kipas angin untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang longgar,ringan dan jenis menyerap peluh
  • Gunakan payung atau pakai topi yang besar.
Elakkan :
  • Minum minuman yang mengandungi kafein,alkohol atau berkarbonat.
    Berada di dalam kereta yang tertutup
    Bersenam atau beriadah dalam cuaca panas
  BERNAMA DAN Melayukini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...