Selamat
Pagi Semua! Bestnye bila hari ni kita bangun awal awal pagi
& mandi.. Terasa segar je badan ni. Kemudian apa yang dilakukan
ialah menunggu sarapan disediakan, & seterusnya santai2 di rumah
merehatkan badan..
Pagi ni Zam nak kongsikan kan beberapa info yang menarik tentang mandi. Jom baca~ ;)
Pagi ni Zam nak kongsikan kan beberapa info yang menarik tentang mandi. Jom baca~ ;)
Evidence :Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh. Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya
1) Meringankan sakit kritikal
Penyelidikan
yang diterbitkan dalam ‘New England Journal of Medicine’ menunjukkan
orang yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dapat
menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus dengan berendam
dalam air suam selama setengah jam. wOW ! Kajian di Jepun pula
menunjukkan berendam dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki
kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.
2) Mengeluarkan racun
Mandi
dengan berendam dalam air panas sekitar 32 – 35 darjah Celsius selama
10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu
mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan
gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik.
3) Mengurangkankan Stress
Jika
anda mengalami stress atau tekanan, mandi air sejuk adalah petua yang
paling mujarab.Ditambah lagi dgn syampoo yg ade menthol kan gilerr
sedapp ! Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 -18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
4) Jangkitan kulit
Penyakit
kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan
soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak
sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda
penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10
hingga 20 minit.
5) Selesema dan sakit kepala
Merendam
kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan
menyegarkan kembali kaki yang kepenatan. Masukkan air panas secukupnya
dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian
tambahkan beberapa titis pati minyak wangi seperti lavender,
peppermint atau lemon. Rendam kaki selama10 hingga 20 minit. Selepas
itu bilas kaki dengan air sejuk.
6) Insomnia
Merendamkan
kaki dalam air sejuk sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah
imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa
dingin. Perubatan ini juga berguna untuk menyegarkan kaki yang
kepenatan, merawat pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
: NIA ZAHIRAH BLOGSPOT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan