Secara
hakikatnya orang yang sudah meninggal dunia, tidak akan berada di dunia
ini lagi. Apabila terputusnya roh dan jasad, maka orang tersebut akan
berada dialam barzakh, maka terputus jugalah segala perhubungan kecuali 3
perkara yang ada disebutkan dalam hadtih rasulullah SAW. Kisah di bawah
ini menceritakan tentang seorang wanita yang pernah berhadapan dengan
situasi bertemu dengan orang yang sudah meninggal dunia. Jom baca kisah
di bawah ini.
Saya
terpanggil untuk menceritakan pengalaman yang saya anggap seram juga.
Entahlah pada orang lain seram ke tak. Saya melalui kisah ini pada tahun
1989 di kampung bapa saya iaitu di Batu Pahat, Johor. Ketika itu arwah
atok dan nenek saya masih ada.
Kampung
saya ni, sepanjang jalan ke rumah atok saya, jalannya kiri dan kanan ada
ladang kelapa sawit dan pokok getah. Rumah penduduk kampung semuanya
jauh berselang dengan kelapa sawit dan pokok-pokok getah. Susah nak
tengok rumah yang berdekatan atau bersebelahan. Untuk sampai ke rumah
atok saya, jarak dari jalanraya utama lebih kurang 2 kilometer. Dekat
dengan rumah atok saya cuma ada tiga buah rumah jiran, itu pun
dikelilingi pokok-pokok besar. Lepas 300 meter baru jumpa rumah yang
lain.
Kisah
ini berlaku tika saya baru habis SPM dan dihantar oleh ibu bapa saya ke
rumah atok dan nenek untuk bercuti sambil menemani mereka. Masa itu
makcik saya dan anak-anaknya pun ada tinggal bersama atok dan nenek
saya. Ibu dan bapa saya berpesan supaya saya tinggal untuk beberapa
minggu, supaya atok dan nenek saya gembira sebab saya cucu kesayangan
mereka.
Setiap
petang saya suka keluar berlari-lari anak di sepanjang jalan kampung.
Saya akan keluar bersama sepupu saya. Sebelum Maghrib saya akan balik ke
rumah, sebab atok saya dah pesan, jangan sampai Maghrib, bahaya! Sebagai anak gadis sudah pasti saya akan pulang awal. Tiga hari berturut-turut saya berlari-lari anak, tak ada apa-apa berlaku.
Pada hari keempat, saya tak pergi berlari-lari anak kerana makcik saya
mengajak saya pergi ke kedai di luar kampung. Kedai di kampung ini jauh,
di jalan utama. Jadi saya dan makcik saya pun keluar ke kedai dengan
menaiki motor.
Pada
awalnya kami memang nak balik awal sebelum Maghrib, tapi ketika balik
dari kedai, makcik saya terpaksa singgah di rumah ibu saudaranya yang
juga nenek saudara saya yang tinggal tidak jauh dari kedai yang kami
pergi. Oleh kerana terlalu asyik berbual, makcik saya tak perasan yang
waktu sudah lewat! Dah nak masuk Maghrib! Saya terus cuit makcik saya,
ajaknya balik. Makcik saya pun minta izin untuk pulang. Saya minta izin makcik saya, saya yang nak bawa motor tu dan suruh makcik saya bonceng di belakang. Makcik saya mengiakan saja. Masa itu saya bawa motor laju sebab dah lewat.
Hari
makin kelam. Tika hampir sampai di rumah atok, kami ada melalui satu
kawasan kelapa sawit seorang Pak Haji ni. Namanya biarlah saya rahsia
kan, cuma gelarkan “Pak Haji” saja. Dari jauh saya ada ternampak seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 60-an tahun,
kalau tak silap sayalah. Lelaki itu sedang berjalan masuk ke kebun
kelapa sawit di sebelah kiri jalan yang kami lalui itu. Saya masih
teringat apa yang dia pakai tika itu, baju Pagoda putih, kain pelikat lusuh dan tali pinggang hijau yang slalu orang-orang tua pakai.
Ketika saya dan makcik saya sampai di kawasan yang Pak Haji tadi masuk,
saya dan makcik saya tengok ke arah itu, kami tak nampak apa-apa pun.
Tapi saya tak kisah, sebab pada fikiran saya mungkin Pak Haji itu
berjalan cepat, kemungkinan dia nak cepat ke surau (mungkin). Terus saya
menunggang motor hingga ke rumah atok saya.
Sampai
di rumah, atok membebel kenapa kami lambat sampai, makcik pun ceritalah
apa sebabnya. Lepas tu makcik saya terdiam. Selepas sepuluh minit
berlalu, makcik saya bertanya pada saya, adakah saya ternampak orang
yang masuk ke dalam kebun kelapa sawit tadi. Saya pun menjawab, “Ada…”
Makcik saya terkejut!
Perbuatan
makcik saya itu membuatkan atok saya bertanya kenapa. Begitu juga saya.
Terus makcik saya menjawab Pak Haji balik tengok kebunnya. Atok saya
tersenyum, saya pula tertanya-tanya. Tapi nenek saya pula yang membebel.
Saya tanya kenapa. Nenek saya pun menjawab Pak Haji itu dah
meninggal enam bulan yang lalu. Ketika itu juga bulu roma saya semuanya
berdiri, terus saya masuk rumah, tutup semua tingkap dan pintu.
Sejak hari itu saya tak keluar berlari-lari anak lagi. Saya telefon ibu
bapa saya suruh balik kampung dan ambil saya balik. Tak sampai seminggu
terus saya balik kerana terlampau takut, dan asyik terbayang-bayang… Oh
tidak!!!…
Tapi
kini kampung saya dah melalui banyak perubahan, dah makin ramai
penduduk, dah ada macam-macam kemudahan. Alhamdulillah dah tak takut
lagi.
via/hijaurimba3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan