Selasa, 13 November 2012

Pramugari Egypt Air mula pakai hijab

Semua krew wanita pesawat Egypt Air memakai hijab buat kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu diasaskan pada 1932.

Jurucakap Egypt Air berkata, etika pemakaian itu perlu dipatuhi selepas menerima saranan daripada ulama.

“Beliau sarankan pemakaian itu dan hukumnya wajib, terutama penerbangan ke Jeddah,” katanya.

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, hijab dianggap janggal, terutama mereka yang bertugas di stesen televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

Namun, selepas beliau diganti dengan Mohamed Mursi, wanita diberi kelonggaran mengenakan hijab.
- AFP

OPEN ; KAT MALAYSIA BILA LAGI NA DILAKSANA...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...