Dialek Negeri Perak
Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain, Perak juga
tidak 'lari' daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya penduduk
Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,
Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan
dialek Kedah. Lagipun menurut sejarah, sebahagian besar penduduk di
kawasan berasal dari Kedah yang berhijrah akibat ancaman Siam pada tahun
1821.
Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di
kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya
seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara,
penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari
Patani dan Reman.
Seterusnya di daerah Kinta, dialeknya turut berbeza mengikut
masyarakatnya juga. Majoriti penduduk di sini datang dari kepulauan
Indonesia seperti Rawa, Mandheling, Banjar dan banyak lagi.
Manakala di selatan iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh,
dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung
seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri
daripada golongan pendatang dari Selangor (Jawa dan Bugis) semasa Perang
Saudara di Selangor sekitar 1860an-70an.
Kemudian di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong,
Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja, dialeknya agak
berbeza iaitu Dialek Lembah Sungai Perak dengan hujung perkataan diubah
kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige".
Dialek ini yang dikatakan asli ialah dialek Negeri Perak. Bagaimanapun,
dialek lain juga masih digunakan di kawasan ini. Perak sahaja yang
sinonim dengan ayat prosa lama, iaitu "ate" (hatta);
Contoh ayat: Ate, ngape kamu idak ke sane? (Hatta, mengapa kamu tidak ke sana?)
Kata ganti nama pertama adalah seperti berikut: Saya/Aku disebut teman/keme Awak/Kamu disebut mike/ kome
Contoh ayat:
1. Teman maghah beno dengan mike ni! (Saya marah sangat terhadap awak ini!)
2. Kome udah makan? (Awak/ Kamu sudah makan?)
Ada beberapa frasa yang kerap digunakan dalam dialek Perak. Antaranya:
a. Apa dihajapnya Maksud: Apa dibuatnya (frasa sinonim-buat peghojang
ape). Contoh ayat: Apa dihajapnya MB Peghak pegi ke London tu? (Apa
dibuatnya MB Perak ke London itu?)
b. Tengin bebeno Maksud: terlalu bodoh. Contoh ayat: Tengin bebeno deme
yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu. (Terlalu bodoh mereka yang
cuba merampas kuasa di Somalia itu)
c. Joghennye Maksud: gedik/ miang (perangai gatal). Contoh ayat: Bebudak
pompuan la ni, nampak beno joghennye. (Remaja perempuan hari ini, ramai
yang berperangai gatal)
d. Bior dilantaknye Maksud: biarkan apa yang berlaku. Contoh ayat: Bior
dilantaknye budak tu, degey bebeno. (Biarkan apa yang berlaku terhadap
budak itu, dia degil sangat)
http://ieshamww2.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan