Minum Air Berlebihan Boleh Memudaratkan? Baca Kupasannya! | Ramai
yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah
lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui
kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari
keperluan badan mereka
Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa
maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil
keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum
6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu
masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.
Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang menyebabkan
kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh merosakkan sel
disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas seperti
loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak
mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan
dan koma. Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.
Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan?
Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu
darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung
dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis
air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang
dipanggilglomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah
pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air
berlebihan dibuang bersama elektrolit.
Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan,
di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan
menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak
berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan
seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari
sakit kepala.
Berapa banyak air yang diperlukan?
Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor
termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran.
Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak
memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air
yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk
di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun
sahara.
6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda
memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang
aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan
anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air
apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum
makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum
air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem
penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.
Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada
kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan
segera.
http://www.fuh.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan