Rasulullah SAW menganjurkan agar ibu bapa
melatih anak-anak supaya mahir dalam tiga perkara iaitu memanah,
menunggang kuda dan berenang. Pernahkah terfikir mengapakah Rasulullah
mengajarkan hal yang sedemikian?
Sebagaimana sabda Nabi :
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Mari hayati faedah-faedah daripada ketiga-tiga kemahiran tersebut.
Mahir Menunggang Berkuda
Bentuk lekuk pada badan dan belakang kuda (tempat manusia duduk), adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping
iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari secara tidak langsung akan
menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama
lain dalam keadaan harmoni serta meransang saraf-saraf tulang belakang,
seolah-olah diurut.
Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Menakjubkan bukan?
Aktiviti berkuda baik untuk tubuh manusia
Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.
Penunggang kuda yang hebat selalunya
bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan
tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut
mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa
gerakan ‘galloping’ kuda.
“Kuda itu ada tiga jenis :
Kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda
yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya,
kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan.
Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk
dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh
manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk
memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
Kemahiran Berenang
Anak-anak elok dilatih berenang sejak kecil lagi
Bagi aktiviti berenang pula, banyak
faedah yang boleh didapati antaranya semasa berenang, mental, fizikal,
segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang
berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain
meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang
dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga
memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Justeru, kolam, sungai atau laut
seharusnya menjadi lokasi paling baik untuk mengajar anak-anak kecil
berenang. Bagaimanapun, sekiranya anak anda tidak gemar mendekati air
atas alasan takut, ibu bapa boleh menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengajar mereka berenang.
Dalam pada itu, terdapat ibu bapa
sememangnya mengajar anak-anak mereka dalam kemahiran berenang ini.
Antara yagn diketahui ialah angkasawan negara Dr Sheik Muszafar yang
melatih bersungguh-sungguh puteri sulungnya berenang sejak dari berusia
kurang setahun. Kini anak kecilnya itu tidak takut air dan mampu
berenang biarpun masih di bawah pengawasan bapanya.
Dengan kemahiran berenang, selain dapat
mempertingkatkan kecerdasan dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri,
renang turut meluaskan pergaulan kanak-kanak. Berdasarkan pandangan
psikologi perkembangan kanak-kanak, kegiatan renang dapat membantu
perkembangan fizikal dan motor si kecil.
Kemahiran Memanah
Mengajar anak memanah sangat dituntut oleh Rasullulah SAW
Seterusnya, bagi kemahiran memanah pula
dikatakan dapat membantu melatih emosi untuk meletakkan sasaran pada
sesuatu perkara. Sebagai contoh, andai emosi kita terganggu sudah
pastinya fokus kita akan mudah tersasar.
Secara tidak langsung sukan ini melatih
kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi dengan baik. Seorang
yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah
yang baik. Jadi, jom belajar memanah bagi sesiapa yang mempunyai
sifat-sifat sedemikian.
Selain itu, aktiviti memanah ini sangat
menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Sebagai contoh, perbuatan
melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada
kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan
dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati
diri dan keyakinan peribadi.
Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu
harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik
permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik).
Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya
kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam
mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak
tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih
boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.
“Jika Perang Dunia Ketiga
adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan
dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten
Apa yang Nabi Muhammad anjurkan kepada
umatnya pasti ada hikmah di sebaliknya cuma kita sahaja yang tidak
mengerti kerana tidak mengkaji dengan mendalam. Kalau ada kelapangan,
marilah kita mempersiapkan diri dengan beberapa kemahiran ini kerana
manalah tahu pada masa akan datang, kita memerlukan kemahiran seperti
ini.
Seterusnya, dengan kemahiran ini juga
dapat kita jadikan sebagai kemahiran hidup iaitu jika menghadapi sesuatu
dugaan yang mendatang secara tiba-tiba. Mungkin dengan adanya
kemahiran ini dapat membantu kita suatu hari nanti. Siapa tahu kan?
Renung-renungkan lah…
http://bicarasantai.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan