01. Anda boleh menyelamatkan nyawa
Setiap kali
menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa.
Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma
sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima.
02. Lebih mengetahui darah anda
Selain dapat
mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal
sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui
sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
03. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian
mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat
mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah
juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
04. Penyakit kronik
Talasemia
merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan
hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah
ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten.
Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh
tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa
akan terjadi kepada mereka?
05. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan
Setiap darah
yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh
itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah
hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
06. Mudah dan selamat
Tidak ada yang
perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional.
Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan
perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
07. Meneruskan kehidupan normal
Kandungan besi
dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan.
Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan
kehidupan seperti biasa.
08. Mengurangkan risiko strok otak
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!
09. Kepuasan
Menderma darah
adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan
gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
10. Menjadi lebih produktif dan berkesan
Selepas
menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel
darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun
kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan
segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
http://blogsanasini.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan