بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan sifat ego dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
Sekilas tentang perawi hadits :
Hadits ini diriwayatkan oleh shahabat Abdullah bin ‘Amr bin Al Ash bin Wa’il bin Hasyim bin Su’aid bin Sa’ad bin Sahm As Sahmiy. Nama panggilan beliau Abu Muhammad, atau Abu Abdirrahman menurut pendapat lain. Beliau adalah salah satu diantara Al ‘Abaadilah (para shahabat yang bernama Abdullah, seperti ‘Abdullah Ibn Umar, ‘Abdullah ibn Abbas, dan sebagainya) yang pertama kali memeluk Islam, dan seorang di antara fuqaha’ dari kalangan shahabat. Beliau meninggal pada bulan Dzulhijjah pada peperangan Al Harrah, atau menurut pendapat yang lebih kuat, beliau meninggal di Tha’if.
Faedah daripada Nas
Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ «
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ
وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ
مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:
1) Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya sepotong ayat.
2) Berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”
3) Kalimah ‘Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.
4) Ancaman
keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu
tetapi mendustainya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu
itu daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak
pernah bersabda mengenai perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini
!!!
5) Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada bercakap panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berkata-kata, kerana satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.
Wallahu a'lam
http://alambukansemulajadi.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan