Suku
Apatani berjumlah kira-kira 60,000 orang ahli dan terkenal dengan
aktiviti pertanian berkesan yang mereka lakukan tanpa bantuan haiwan
atau jentera. Wanita Apatani yang tinggal di dataran Apatani India
terkenal dengan tradisi menyumbat hidung yang mereka telah amalkan sejak
zaman dahulu lagi.
Tradisi
ini timbul selepas ramai anak gadis suku ini yang diculik dan dibawa
lari oleh orang dari kampung lain yang terpikat dengan gadis-gadis
Apatani yang memang terkenal dengan kecantikan mereka ketika itu.
Sebagai jalan penyelesaian agar gadis-gadis Apatani tidak menjadi
tarikan kepada lelaki dari kampung lain, mereka sanggup menyumbat hidung
mereka dengan cara yang hodoh selain melukis wajah mereka dengan tatu.
Namun, peredaran zaman tidak lagi menjadikan tradisi ini sebagai ikutan
anak gadis Apatani zaman moden.
http://gambar-hidup.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan