Ahad, 28 April 2013

Daging BlackPepper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni cuaca sgt memuaskan. DJ masak malam Ahad lepas. Barulah sempat nak tayang. Masakan ni sgt sedap dan mmg dah menjadi salah satu makanan favorite DJ. Sesiapa yang belum pernah makan stail gini, sila2lah cuba resepinya yer. Ini adalah salah satu resepi mengikut versi DJ. Banyak lagi versi lain dlm internet ni kalau rajin meng'google'. Jom layannnn!
 
 
 
Daging Blackpepper

bahan-bahan :
  • 200 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 3 sb sos lada hitam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • sedikit kicap manis
  • hirisan kapsikum secukupnya
  • sedikit perahan jus lemon
  • sedikit hirisan daun sup
Car-cara :
  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
  2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  4. Masukkan kicap manis dan daun sup. (boleh bubuh garam jika perlu).
  5. Masukkan kapsikum dan perahan jus lemon. Sebatikan.
  6. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. Sangat sedap!
 
 
http://dayangjack.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...