Isnin, 29 April 2013

Negara Paling Rendah di Dunia Dengan Puncak Tertinggi Hanya 2.3 Meter

Republik Maldives adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada kumpulan atol (suatu pulau karang yang mengelilingi sebuah lagun) di Lautan Hindi. Maldives terletak di sebelah selatan-barat daya India, sekitar 700 km sebelah barat daya Sri Lanka. Negara ini memiliki 26 atol yang terbahagi kepada 20 atol administratif dan 1 pusat bandar.

 Male', Ibunegara Republik Maldives
 
 
 
 
 
Negara ini merupakan negara dengan populasi dan luas wilayah terkecil di kawasan Asia.Tinggi rata-rata permukaan tanah di Maldives adalah 1.5 meter di atas permukaan laut, hal ini menjadikannya negara dengan permukaan terendah di seluruh dunia. Puncak tertinggi Maldives hanya 2.3 meter di atas permukaan laut sehingga negara ini juga dikenal sebagai negara yang memiliki puncak tertinggi paling rendah di dunia.

Republik Maldives terdiri daripada 26 atol


Keadaan ekonomi Maldives bergantung pada dua sektor utama, iaitu pelancongan dan perikanan. Negara ini sangat dikenali kerana memiliki banyak pantai yang indah dan pemandangan bawah laut yang menarik.









sumber: wikipedia /billyinfo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...