Jumaat, 26 April 2013

Benarkah Leonardo Da Vinci Berbangsa Arab(Timur Tengah)?

Subjek berkenaan Leonardo Da Vinci memang cukup menarik untuk diperdebatkan. Manakan tidak, lelaki yang digelar The Renaissance Man ini cukup sarat dengan misteri yang belum terungkai. Bermula dengan kehidupannya sehinggalah kepada karya-karya agungnya, semua telah dikaji dan diperhalusi. Ia adalah semata-mata untuk mengetahui dengan jelas siapakah sebenarnya individu daripada Tuscan, Itali ini.

Sebenarnya, bukan saintis atau ahli antropologi sahaja yang berminat untuk menyelongkar misteri beliau. Novelis terkenal, Dan Brown juga turut mempunyai minat yang sama. Novelis terkenal daripada Amerika Syarikat ini telah menggunakan nama Da Vinci sebagai tajuk kepada novel terlarisnya, Da Vinci Code. Ini menggambarkan bahawa Da Vinci telah menarik ramai individu untuk menyelongkari sisi kehidupan dan misteri yang menyelingkari hidupnya.





Pada tahun 2007, seorang saintis antrapologi daripada Universiti of Chieti, Luigi Capasso telah membuat kesimpulan berkenaan kajian asal-usul Leornado Da Vinci. Kajian yang memakan masa selama tiga tahun itu telah menyatakan bahawa Da Vinci sebenarnya berketurunan Timur Tengah.


Leonardo Da Vinci dipercayai berketurunan timur tengah.

Bagaimana boleh jadi sedemikian rupa?

Menurut Capasso, Da Vinci adalah anak kepada seorang hamba perempuan daripada Timur Tengah yang bernama Caterina. Caterina dikatakan datang daripada Istanbul setelah berlaku peperangan antara kedua-dua negara. Beliau kemudian menjadi hamba di sebuah keluarga kaya di Itali.

Menurut pengkaji daripada Itali, Francesco Cianchi, bapa Da Vinci iaitu Ser Piero telah bersekedudukan dengan seorang bernama Caterina dan melahirkan Da Vinci. Dalam rekod kehidupan Ser Piero, hanya seorang sahaja yang diketahui bernama Caterina iaitu hamba kepada kawan baiknya, Vanni di Niccolo di Ser Vann. Ini menolak bulat-bulat dakwaan bahawa Caterina adalah wanita merdeka yang tinggal di Tuscan, Itali.

Ditakdirkan bahawa kawan baiknya, Vanni di Niccolo di Ser Vann telah meninggal dunia dan rumah agamnya telah diambil alih oleh Ser Piero. Namun, hamba kepada kawan baiknya, Caterina dibiarkan bekerja di rumah tersebut. Di situlah berlakunya titik pertemuan antara Ser Piero dan Caterina sehingga lahirnya Da Vinci kemudian harinya. Da Vinci kemudian dijaga oleh Ser Piero.

Ia diperkukuhkan pula oleh Alessandro Vezzosi, seorang pakar Renaissance. Beliau juga adalah pengarah muzium di bandar Vinci telah berkata,

 ”We have documents that suggest she was Oriental, at least from the Mediterranean area.
“She was not a peasant of Vinci. Furthermore, her name was Caterina, which was very common among slaves in Tuscany at the time.”



Kajian cap jari

Kajian teliti yang memakan masa selama tiga tahun itu telah meliputi pelbagai metodologi. Antara yang paling praktikal adalah kajian cap jari yang terdapat pada lukisan dan karya Da Vinci.

Penemuan bersejarah itu datang selepas kajian terhadap 52 manuskrip dan karya yang bersangkutan dengan Leonardo Da Vinci.

Dengan menggunakan teknologi penyurihan spektra yang paling moden, sepasukan para pengkaji yang diketuai oleh Luigi Capasso telah menemui 200 cap jari. Namun, hanya satu spesimen sahaja yang paling sempurna.

Spesimen yang sempurna tersebut terdapat pada karya Da Vinci yang dikenali sebagai “Portrait of a Lady with an Ermine”. Da Vinci dipercayai menggunakan jarinya untuk membuat pembayang(shadow) di bahagian leher yang dikalungi rantai.

Potret "Portrait of a Lady with an Ermine"

Menurut Luigi Capasso, cap jari telunjuk Da Vinci telah ditemui dengan sempurna pada lukisan tersebut. Menurut beliau lagi, pusaran di tengah cap jari Da Vinci adalah corak yang lazim ditemui pada individu yang berasal daripada Timur Tengah. Dengan penemuan tersebut, Capasso dengan yakin membuat kesimpulan bahawa Da Vinci adalah individu yang berasal daripada Timur Tengah atau sekurang-kurang berasal daripada kawasan Mediterenaan.

Lain-lain lukisan yang mengandungi cap jari Leonardo Da Vinci telah mengalami kerosakan akibat ‘campur tangan’ cap jari individu lain yang mengendalikan lukisan tersebut selepas kematian beliau.
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...