Pengalaman Seram Dan Ngeri Seorang Pekerja Hotel | Kejadian ini
berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yg di tugaskan
menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik
hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu.. Kebetulan
pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil cuti
sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala urusan pada malam
tersebut...
Bunyi deringan talipon yg tidak putus di bilik department housekeeping
itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua
panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada
malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa
tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana
itulah jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja
terbaik selama 3 tahun berturut-turut..
Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam.
Bermakna Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia
yg sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat
permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta
bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel
tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme
park yg beroperasi sedari pagi tadi..
suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk
ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih
berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat
dari dalam office, Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang
talifon di lekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara
seorang perempuan sedang menangis, hadi berasa pelik, dan
tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis.. di skrin talifon pula
terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah pertanyaan demi pertanyaan
Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis
berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik
tetamu yg agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu
berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..
Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di
hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus
menekan loceng bilik tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada
jawapan yg di berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yg
berlaku di dalam bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu
menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yg di
terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg
sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu, Hadi
nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana
dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak
penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..
Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan
tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu,
perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam
bilik itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan
kemas.. Hadi seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah
pemanggil misteri tadi?? bulu roma hadi sudah mula meremang, fikirannya
sudah mula menangkap apa yg berlaku sebenarnya, cerita-cerita seram yg
di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran
Hadi..barulah dia teringat, bilik yg dia berada sekarang ini pernah
digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar
suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg
menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling
dengan kuat..
Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan seolah-olah
telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya
mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi
terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi
malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas
kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi
terus menoleh ke belakang...
Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain
kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang
berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu
semakin menghampiri hadi, tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak,
kakinya seperti di gam pada lantai. kini wajah lembaga itu betul-betul
dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat
memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di tambah lagi ketika
lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah
ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi
terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..
tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard
memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim
terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut
terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik
dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila
mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu..
sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan
di atas lantai bilik tersebut... dan bau yg meloyakan tekaknya..
Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg
menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap
insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di
tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara
waktu, berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa
pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja
di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan
merahsiakannya sehingga kini..
Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi
kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi
hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di
naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping.. setiap kali
dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu
masih lagi di tutup.. misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri
sehingga kini dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru,
adakah tetamu itu anda?
P/s : terima kasih kerana membaca karya dari NH ini, ingatlah, Kisah ini
hanya sekadar hiburan.. tiada siapa dapat mengesahkan kebenarannya!!
http://www.fuh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan