Dah
namanya pun BOS, jangan la nak buat bukan-bukan kepadanya. Nanti tak
tentu pasal kena pecat pulak. Dah nasib badan kerana korang itu kena
fikir korang itu bukan bos dan perlu ikut syarat-syarat yang di tetapkan
diorang tu. Jadi, jom kita lihat apakah perkara yang korang tak boleh
buat kepada bos korang itu...
1) Telefon bos korang untuk menyatakan korang menyampah sungguh dengannya dan dah la tak hensem.
2) Melepak di tempat duduknya dan menyuruh bos duduk di tempat korang dengan muka tak bersalah.
3) On the way bos nak masuk office, korang telefon pesan teh tarik dan roti canai hantar teruk ke opis korang bekerja tuh.
4) Suruh dia sain cek gaji dan bagi kat despatch untuk bank inkan.
5) Menujukkan penumbuk kepada bos lepas kena marah dan memaki dia sekuat hati.
6) Marah bos sebab datang lambat, lepas tuh siap bagi warning letter kepadanya.
7) Suruh bos jemput ke opis dan hantar balik rumah korang. Lepas tuh suruh singgah situ sini.. macam dreber pulak korang buat kat beliau.
Perkara di atas ini jarang berlaku, tetapi ada juga yang berlaku kerana korang tersangatlah geram sehingga sampai tahap yang kemuncak. Korang juga perlu beringat, korang itu pekerja kepada bos korang je. Jadi, ikut sahaja!
http://shakroil.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan