Jumaat, 26 April 2013

Boyfriend Yang Patut Anda Tinggalkan!

Assalamualaikum..

Haha..hari ni teringin nak bagi tips cinta pulak. Biasalah adik-adik, sebagai kakak yang banyak pengalaman dan terlebih dahulu makan garam kena la berkongsikan dan saling menasihati.. Agar adik-adik tak tersalah pilih. Entri ni ditulis dengan secepat kilat sebab kejap lagi nak balik kampung. 


 




1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan dan mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua, ibarat merpati 2 sejoli la kononnya pada pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu okay.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (giler betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya. Dasar buaya darat!
5. Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego tahap...), hal kecik pun nak dibesarkan!
Haa adik-adik. Awas dengan lelaki macam ni okay.. Jangan sia-siakan hidup anda dengan melayan lelaki tak  guna macam ni tau. Belajar rajin-rajin. InsyaAllah suatu hari nanti akan jumpa dengan putera idaman iaitu jodoh kita. 



Thank you for reading my entry!
 http://cinta25hb.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...