Tanda-tanda wujud ketaqwaan pada Allah S.W.T dalam diri setiap muslim.
Alhamdulillah,pada posting kali ini saya akan menulis tentang
tanda-tanda seseorang itu takutkan atau dengan maksud yang lebih mudah
taqwa pada Allah S.W.T.
perkara-perkara ini harus disemak dalam diri kita sendiri dan ummat
islam keseluruhan khusunya.dan di sini saya ingin menyatakan saya pun
masih di dalam proses pembelajaran dan pembaikan diri.saya bukanlah
orang yang alim dan ahlinya di dalam ilmu agama Allah S.W.T ini,tetapi
saya belajar dari mereka dan mengambil rujukan dari mereka,yakni para
pewaris Nabi,iaitu para ulama-e-kiraam.semoga kita semua dirahmati Allah
S.W.T.wallahu`alam.
Mohd_Efendie.
Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi Rahimahullah
berkata,tanda-tanda seseorang itu ada sifat Taqwa dan takutkan Allah
S.W.T ialah:
1. Lidah
- disebabkan ketakutkan pada Allah S.W.T telah menghalangnya dari
berkata sesuatu yang tidak benar,mengumpat,mencarut dan perkataan yang
sia-sia sebaliknya memperbanyakkan lidah mengalunkan tilawah dan
berzikir pada Allah S.W.T.
2. Perut
- mereka yang takutkan Allah S.W.T hanya akan mengambil makanan yang
halal samada dari segi sumber mahupun bahan-bahannya,menggelakkan
makanan yang syubhat,dan makan makanan yang halal sekadar yang
diperlukan sahaja.
3.mata
- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak melihat perkara yang haram
dan banyak yang melihat yang halal,sekadar keperluan,bukan kehendaknya
sendiri.
4. tangan
- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan membuat perbuatan
yang tidak disukai Allah S.W.T,segala tindakan dan perbuatannya hanyalah
semata-mata untuk keredhaan Allah S.W.T.
5.kaki.
- mereka yang takutkan Allah S.W.T tidak akan melangkah ke tempat
dan perkara yang tidak disukai dan dilarang Allah S.W.T,malah mereka
akan menjauhkan dan menggelakkan perkara ini semata-mata kerana Allah
S.W.T
6. hati
- di dalam hati,ketaqwaan pada Allah S.W.T menguasai hati dari
perkara-perkara yang tidak elok,samada hasad dengki,sangka
buruk,cemburu,permusuhan,tidak berperikemanusiaan dan tidak menhormati
orang lain.
7. ikhlas
- mereka yang takutkan Allah S.W.T akan terus belajar dan
mengekalkan sifat ikhlas dalam amalan mereka dan mereka akan risau dan
susah hati apabila amalan mereka mula lari dari sifat ikhlas pada Allah
S.W.T.
Berkenaan dengan mereka ini,Allah S.W.T berfirman:
"serta berbagai barang perhiasan (keemasan). dan (ingatlah), Segala
Yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di
dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu
adalah khas bagi orang-orang Yang bertaqwa."
(Az Zukhruf:35)
"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa Yang mereka ingini."
(An Naba':31)
"Sesungguhnya orang-orang Yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal Yang aman sentosa. "
(Ad Dukhaan:51)
71. dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai
kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang
telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
72. kemudian Kami akan selamatkan orang-orang Yang bertaqwa, dan
Kami akan biarkan orang-orang Yang zalim (dengan kekufurannya dan
maksiatnya) tinggal berlutut di Dalam neraka itu.
(Maryam:71&72)
Rujukan:
1. Tambihul Ghafileen oleh Hazrat Asy-Sheikh Abu Layth Samarqandi
Rahimahullah (edisi bahasa inggeris cetakan tahun 2001) A.H Elias
(Mufti)/Darul Uloom Deoband.
2.Tafsir Ma`arifatul Quran oleh Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafi`
Rahmatullahi A`alih.(Maktabah
Darul Uloom Karachi,Pakistan edisi 2008).
http://ghostridermujahid.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan