PERNAH tak anda menginap di kamar hotel yang lengkap
dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat
diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak
pengurusannya?
Pernah tak apabila anda menatap sahaja muka anda di cermin hotel,
anda terlebih dahulu akan melihat ‘Doa Melihat Cermin’ yang ditampal di
satu sudut cermin tersebut.
Begitu juga ketika anda hendak meletakkan kepala di bantal, pernah
tak anda ‘terpaksa’ mengalihkan dahulu sekeping kertas yang mengandungi
tazkirah (peringatan) mengulas beberapa potong ayat al-Quran…dan sebelum
menutup butang lampu, anda diperlihatkan dengan ‘doa sebelum tidur’
yang dilekatkan di sebelahnya?
Pernah tak anda menginap di hotel yang laluan dari lif hingga ke
bilik dihiasi dengan bingkai ayat-ayat suci dan alunan Al-Quran?
Malah lebih dari
itu, pernah tak anda menghadiri seminar di bilik mesyuarat hotel yang
lengkap dengan kurma, tamar…termasuk kayu sugi untuk kebersihan mulut?
Oh sebelum terlupa, pernah tak anda merasai suasana persekitaran lobi yang mendamaikan bercirikan Islam?
Mungkin anda beranggapan kalau ada pun, hotel sebegitu hanya terdapat di negara timur tengah.
Kalau itu tanggapannya, anda silap!
Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.
Hotel berkenaan juga mempunyai surau yang cukup selesa dan dilengkapi dengan Imam sepenuh masa untuk mengetuai solat termasuk solat Jumaat dengan jemaah mencecah 1,800-2,000 orang setiap minggu.
Langkah baru dan inovatif ini telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Kumpulan Hotel De Palma kini telah diiktiraf sebagai “Pioneer Hotel Patuh Syariah” bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia.
Anugerah Halal Journal 2011 yang dimenangi mereka adalah bukti yang
hotel berkonsep Islamik mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat
global
Jika anda hendak merasai apa yang kami nyatakan di atas tadi, Hotel De Palma sedia menyahut hasrat, impian dan salam anda.
Hotel tersebut terletak di Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang.
Akhir sekali, pernah tak anda pergi ke
mana-mana lobi hotel yang bila masuk saja waktu solat, kita akan
mendengar laungan azan berkumandang seolah-olah memenuhi ruang lobi itu?
Kalau itu tanggapannya, anda silap!
Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.
Semua kakitangan wanita Islam juga memakai yang menutup aurat, di samping kelas-kelas agama untuk para tetamu dan kakitangannya.
Hotel tersebut terletak di Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang.
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan