Jumaat, 2 Mac 2012

Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?

semakan semula gaji sbpa Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?
Agak berlainan dengan versi Cuepacs yang mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA pada 19 Mac 2012 ini setelah ditunda daripada tarikh 12 Mac 2012. Ada tarikh baru lagi?
Pada asalnya inilah butiran makluman yang diberikan oleh pihak Cuepacs :

 Pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA 2012 dilakukan di Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang bakal dianjurkan Cuepacs di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2012 ini
  1. Pengumuman melibatkan keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu semakan semula gaji SBPA (Skim Baru Penjawat Awam) 2012
  2. Cuepacs mahu menggesa sekurang-kurangnya 20,000 penjawat awam wajib hadir menyertai perhimpunan khas itu untuk menyuarakan tuntutan bersama berhubung isu SBPA
  3. Cuepacs mahu peluang kedua diberi kepada kakitangan awam untuk memilih opsyen melanjutkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun, walaupun tarikh penyerahan borang bagi tujuan itu berakhir 31 Disember lalu (antara tuntutan terbaru)
Sepatutnya semak dahulu dengan teliti barulah diumumkan dan tidak membuat semakan “asal ada”. Jangan dah umum, ada lagi semakan semula buat kali ……………………
 
Walaubagaimanapun, berita terbaru SBPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan semakan semula gaji SBPA 2012 hanya akan siap pada awal bulan April. Itu baru selesai semakan. Kalau baru siap semakan, pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA 2012 belum boleh diketahui lagi?

OPEN : Ni la dikatakan gula-gula untuk pilihanraya nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...