Jumaat, 13 Julai 2012

Sejarah Penciptaan Lampu Isyarat

Bermula dengan tanglung

Lampu isyarat pertama telah dicipta sebelum kenderaan moden seperti kereta diperkenalkan. Ketika itu jalan raya digunakan oleh pejalan kaki, wagon dan kereta kuda. Dipasang di tengah kota London pada 1868, ia menggunakan tanglung yang berputar dengan isyarat merah dan hijau. Merah maknanya berhenti dan hijau berhati-hati.














Tanglung yang menggunakan kuasa gas itu akan berubah warnanya dengan seorang anggota polis akan memantau operasinya. Pada 2 Januari 1869, lampu isyarat itu meletup dan mencederakan seorang polis yang sedang menjalankan tugas menyelenggara. Dengan kemunculan kenderaan, situasi semakin rumit.

Pegawai Polis Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, William Potts bercadang untuk membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Lalu Potts mengadaptasikan lampu isyarat di jalan keretapi bagi kegunaan jalan raya. Beliau menggunakan isyarat keretapi berwarna merah, kuning dan hijau dan membelanjakan USD37 (RM40.66) untuk wayar dan kawalan elekrik bagi lampu isyarat pertama di dunia.

Lampu isyarat empat hala dengan tiga warna telah dipasang pada 1920 di persimpangan Woodwart dan Michigan Avenue di Detroit. Dalam masa setahun, Detroit telah dipasang dengan 15 lampu automatik baru.
rilek-rilek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...