Datuk dan ayahnya termasuk ulama hadis tersohor dan dihormati di Madinah, oleh sebab itu, sejak kecil Imam Malik tak berniat meninggalkan Madinah untuk mencari ilmu, kerana beliau merasa Madinah adalah kota sumber ilmu yang berlimpah dengan ulama ulama besarnya. Imam Malik menekuni pelajaran hadis kepada ayah dan bapa bapa saudaranya juga pernah berguru pada ulama ulama terkenal seperti Nafi ‘bin Abi Nuaim, Ibnu Syihab Al Zuhri, Abu Zinad, Hasyim bin Urwa, Yahya bin Said al-Ansari, Muhammad bin Munkadir, Abdurrahman bin Hurmuz dan Imam Ja’far Asshadiq.
Kecintaannya kepada ilmu menjadikan hampir seluruh hidupnya diabdikan dalam dunia pendidikan, tidak kurang empat Khalifah, mulai dari Al Mansur, Al Mahdi, Harun Arrasyid dan Al Makmun pernah jadi muridnya, bahkan ulama ulama besar Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie pun pernah menimba ilmu darinya, menurut sebuah riwayat disebutkan bahawa murid Imam Malik yang terkenal mencapai 1300 orang. Ciri pengajaran Imam malik adalah disiplin, ketenteraman dan rasa hormat murid terhadap gurunya.
Karya Imam malik terbesar adalah bukunya ‘iaitu kitab fiqh yang berdasarkan himpunan hadis-hadis pilihan, menurut beberapa riwayat mengatakan bahawa buku Al Muwatha’ tersebut tidak akan ada bila Imam Malik tidak dipaksa oleh Khalifah Al Mansur sebagai sangsi atas penolakannya untuk datang ke Baghdad, dan sangsinya iaitu mengumpulkan hadis-hadis dan membukukannya, Awalnya imam Malik enggan untuk melakukannya, namun setelah dipikir pikir tak ada salahnya melakukan hal tersebut Akhirnya lahirlah Al Muwatha ‘yang ditulis pada masa khalifah Al Mansur (754-775 M) dan selesai di masa khalifah Al Mahdi (775-785 M), semula kitab ini memuatkan 10 ribu hadis namun setelah diteliti semula, Imam malik hanya memasukkan 1.720 hadis.
Selain kitab tersebut, beliau juga mengarang buku Al Mudawwanah Al Kubra.
Imam malik tidak hanya meninggalkan warisan buku, tapi juga mewariskan Mazhab fiqhinya di kalangan sunni yang disebut sebagai mazhab Maliki, Mazhab ini sangat mengutamakan aspek kemaslahatan di dalam menetapkan hukum, sumber hukum yang menjadi pedoman dalam mazhab Maliki ini adalah Al Quran, Sunnah Rasulullah, Amalan para sahabat, Tradisi masyarakat Madinah, Qiyas dan Al maslaha Al Mursal (kemaslahatan yang tidak didukung atau dilarang oleh dalil tertentu
panduanpercumainfo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan