Di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta
dibuat tatu adalah haram. Kenapa Islam melarang umatnya untuk membuat
tatu? mesti ada sebabnya...
Takut tak korang tengok? kalau takut jangan buat tatu hukumnya Haram!!!!
Keterangan/Hujah:
-
Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta
disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta
dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
-
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta
ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat
al-Thabrani)
-
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim
menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat
dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan
tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi
najis.
-
Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu
sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan
mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai
bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan
tersebut.
-
Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang
memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara
yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
- Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain. hairuliza-anakku.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan