Rahsia Cincin Nabi Muhammad SAW | Nabi kita Muhammad S.A.W juga ada
memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu
tidak lebih dari dua bentuk cincin sahaja.
Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di jari tangan kanan dan ada kalanya di jari tangan kiri.
NABI MEMAKAI CINCIN
Sangat berlainan pula dengan orang di zaman sekarang, di mana orang di
zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari
dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?
Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya
daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin
emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang
laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi
pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang
memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.
Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang
kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya
kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu
Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga
sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di
atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana
yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Ertinya:
Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA.
Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu
tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.
Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat
Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk
atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada
jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai
cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.
KE MANA HILANGNYA CINCIN NABI S.A.W
Tersebut di dalam hadis Sohih Bukhari dan Muslim yang diceritakan
daripada seorang sahabat yang bernama Anas bin Malik RA katanya, adalah
cincin Nabi S.A.W yang terukir Muhammad Rasulullah itu pada masa
hayatnya selalu dipakainya, kemudian setelah wafatnya Nabi S.A.W dipakai
pula oleh Sayyidina Abu Bakar RA, kemudian setelah wafatnya Abu Bakar
RA dipakai pula oleh Sayyidina Umar RA, kemudiannya lagi setelah
wafatnya Sayyidina Umar RA, dipakai oleh Sayyidina Usman RA. Dan adalah
lama masa yang dipakai oleh Sayyidina Usman itu adalah selama 7 tahun,
kemudian pada satu hari pergi Sayyidina Usman ke sebuah perigi yang
bernama Aris dan duduk ia di tepi perigi itu. Kemudian dimain-mainkan
cincin di jarinya itu,
tiba-tiba cincinnya jatuh ke dalam perigi. Maka kata Anas bin Malik RA
yang menceritakan hadis ini kami turun ke dalam perigi itu untuk
mencarinya, kami keringkan airnya tapi tiada kami jumpainya, maka
berulang alik kami ke perigi itu selama tiga hari namun semuanya hampa.
Maka semenjak dari masa hilangnya cincin Nabi saw itu, keadaan menjadi
huru hara, dan terjadi berbagai-bagai perselisihan di antara kaum
Muslimin dan timbulnya berbagai-bagai pemberontakan. Juga terjadinya
peperangan dan pembunuhan sehinggan Sayyidina Usman sendiri berjaya
dibunuh oleh pemberontak-pemberontak tersebut. Dan keadaan ini
berterusan sehingga ke zaman kita sekarang. Dan mungkin berterusan
hingga hari kiamat. Maka jika perhatikan daripada peristiwa itu akan
kita temui satu kesimpulan bahawa cincin Nabi S.A.W itu mempunyai rahsia
seperti mana cincin Nabi Sulaiman AS, iaitu apabila hilang cincinnya
itu maka hilanglah kerajaannya.
Wallahu Alam…
himpunankisahmisteri.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan