Siapakah gerangan empunya gambar ini?
Kalau anda semua ingin tahu, dia adalah
manusia yang paling ditakuti di kem POW, Sandakan.Beliau yang penulis
ingin maksudkan adalah Lieutinent Colonel Tatsuji Suga. Iaitu Komander kem POW di seluruh Bornea ketika Perang Dunia Ke-2.
Nota kaki: POW adalah singkatan bagi Prisoner of War
Ulasan Gambar Tatsuji Suga
Kembali kepada gambar paling atas.
Tatsuji Suga terbaring kaku dengan lehernya mempunyai luka besar akibat
tindakannya menghiris lehernya sendiri. Jika diperhatikan elok-elok,
bajunya kejung dipenuhi darah. Tatsuji bertindak membunuh diri dek
kerana tidak mahu disabitkan kesalahan jenayah perang berikutan
kekejaman yang dilakukan kepada tawanan perang di Kem Sandakan. Ada
pendapat menyatakan, beliau terdorong membunuh diri kerana tidak dapat
menerima kenyataan bahawa seluruh keluarganya terbunuh akibat Pengeboman
Hiroshima oleh Amerika Syarikat.
Akan tetapi, seluruh keluarga beliau
selamat akibat pengeboman dasyat itu. Ditemui berhampiran dengan Tatsuji
Suga adalah Kwanaka Yoshiro, pembantu Tatsuji Suga.
Dipercayai beliau yang menolong Tatsuji Suga untuk membunuh diri. Beliau
menggunakan botol air yang diisi dengan pasir untuk memecahkan kepada
Tatsuji Suga.! Kod Bushido menyatakan sewaktu proses hara kiri dilakukan,wajib ada seorang pembantu untuk memastikan proses tersebut berjalan lancar.
Sedikit Profil Pribadi Left. Col. Tatsuji Suga
Tatsuji Suga dilahirkan pada 22
September 1885 di Hiroshima,Jepun. Lahir sebagai seorang penganut Shinto
dan kemudian menukar agama kepada Kristian.
Tatsuji Suga adalah seorang yang cerdik. Beliau adalah lepasan Akademi Tentera Imprial Tokyo sebagai Second Lieutinent.
Selepas menamatkan khidmat tenteranya
sebagai Major pada Perang Dunia 1, beliau belayar ke Amerika Syarikat
untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang Bahasa Inggeris di University
of Washington.
Selain daripada bidang akademik, beliau
adalah pakar seni pertahanan diri Kendo. Selain itu beliau adalah
penunggang kuda yang sangat baik.
Tatsuji Suga dalam testimonial oleh seorang POW, Agnes Newton Keith:
‘A little Japanese man, onetime graduate of the University of Washington., patron of the arts, recipient of WWI Allied decorations; a military man with shaven head; a sick man with diabetes who eats no sugar; a soldier who likes children; a little man with a big sword; a religious dilettante, born Shintoist and turning Catholic; a hero and a figure of ridicule; a Japanese patriot, Commander of All Prisoners of War and Internees in Borneo’./
~Gambar-gambar diambil di laman web http://cas.awm.gov.au./takusahrisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan