Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah rupanya. Maknanya mereka
berhijrah dan berusaha menjadi yang lebih baik. Terbaru penyanyi yang
tidak asing lagi iaitu Farah Asyikin mula bertudung labuh.
“Ada sebab mengapa Farah memakai sarung tangan. Sebagai seorang wanita
Islam, Farah harus menjaga batas-batas aurat Farah terutamanya bila
ingin bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim. Jadi, Farah pakai
sarung tangan untuk mengelakkan isu-isu sensitif sebegini berlaku.”
Ketika ditanyakan perkembangan beliau yang terkini, Farah masih
meneruskan kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Seri Cempaka
International School. Beliau yang mengajar subjek ‘Speech & Drama’
mengakui gembira dengan kerja beliau kerana dapat berinteraksi bersama
kanak-kanak.
“Farah seronok jadi pendidik di sana. Farah memang suka berkomunikasi
dengan budak-budak, jadi Farah kira peluang ini datang tepat pada
masanya. Farah bersyukur sangat-sangat atas rezeki yang Allah telah
berikan pada Farah ini.”
Pesanan: Kita doakan mereka sahaja.Alhamdulillah...
menulismenconteng
Tiada ulasan:
Catat Ulasan