Namun jambu keling ini ada mitos tersendiri bagi masyarakat melayu terdahulu khasnya di Negeri Pahang. Ada yang menyebut nama jambu ini "Jambu Sunyi Kampung" kepercayaan atau hanya kebetulan sekiranya jambu ini ada ditanam disesuatu kampung itu alamat kampung itu akan sunyi sepi nanti. Sewaktu waktu dahulu pokok jambu ini dilarang sama sekali ditanam di kampung.
Lantaran orang dahulu mungkin banyak menebang pokok ini atau dilarang sama sekali menanamnya atas alasan dibimbangi kampung tersebut akan menjadi sunyi sepi. Dalam ertikata lain bakal tidak akan ada orang yang akan tinggal di kampung tersebut dan banyak yang akan mati. Gamaknya mungkin sekadar kebetulan.
Dan dihari ini sememang susah untuk menemui pokok jambu ini kalau ada pun tak banyak, mungkin gamaknya telah banyak ditebang pada sebelumnya atau sememang tidak ditanam dek orang dibimbangi mitos itu menjadi kenyataam.
Realitinya mungkin kalau ada pokok jambu ini, kampung tersebut akan menjadi sunyi sepi dan carilah jambu keling ini mungkin berada di kampung yang telah ditinggalkan.
akuanakpahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan