Baru-baru ni saya jumpa satu banner yang di share di FB..
sharing on sharing...Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi peringatan..dari page Kami Sayang Rasulullah S.A.W's Page
Alhamdulillah hasil carian bagi pesanan di atas saya susunkan seperti
di bawah buat rujukan teman-teman...kalau ada kekhilafan dan kekurangan
maafkan saya, tolong tegur dan saya akan betulkan..insha Allah..
Bila sedih:
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu
pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah
yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki
itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan
untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang
sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya
selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25)
Bila rasa berdosa:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)
Bila mencari ketenangan:
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan
serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan
(dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada
cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya
juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(Al-Maaidah 5:16)
Bila mencari teman:
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang
beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya
(iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah
Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan
(kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:257)
Bila didiskriminasi hak jantina:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang
perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta
orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat
serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang
benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki
yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang
lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan
yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang
bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang
lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan
orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang
menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang
menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Ahzaab 33:35)
Bila didiskriminasi hak perkauman:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13) |
Bila mecari cinta dan ketenangan:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan
rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.
(Ar-Ruum 30:21)
Bila tertekan:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd 13:28)
Bila kerinduan terhadap sahabat karib:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami
lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
(Qaaf 50:16)
Bila rasa tidak dihargai:
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian)
ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di
dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
(Al-Insaan 76:22)
Bila rasa seperti putus asa:
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai
Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari
rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(Yusuf 12:87)
Bila berasa kurang bernasib baik:
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua
yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya
lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang
ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi
sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Ibrahim 14:34)
Bila berasa lemah dengan kesusahan:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Ash-Syar-h/Al-Insyiraah 94:5)
Bila orang berkelahi dengan anda:
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka
yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka
menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini;
(Al-Furqaan 25:63)
Bila berasa takut:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan
orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara
mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat
serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan
mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak
baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah 2:62)
Jaminan pengampunan:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon
ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan
dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan
keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan
salahnya dan akibatnya).
(A-li'Imraan 3:135)
Jaminan berganda:
Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat
dan beramal soleh).
(Al-Hijr 15:49)
herba-tihara.blogspot.
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan