ADA "PENGHUNI" DI RUMAH INI | Sebelum tu, aku nak bagitahu korang. Ini
kisah benar yang dialami oleh kami sekeluarga. Tiada rekaan atau
sebagainya.
Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.
Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.
Mami pernah beritahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam
ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak
celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun,
seakan-akan macam ditekup mulut.
"ish..ish.." Sound efek sikit
Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini
telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada
sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah
jugak. Ni nak story la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan
malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang
diri. Manakala mami dan Cik Man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku
rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun
ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam
kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu
macam ni selalunya dia menonton TV di bawah. Aku patah balik, sekali
lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam
bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda
pelik jangan tegur. Ingat, JANGAN TEGUR!
Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku
nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam.
Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok Cik Man tengah syok tengok
Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top.
Macam biasa, aku diam. JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.
Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap
dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk
hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian
belakang pintu berdekatan bilik air. OK, sekarang aku faham. Kenapa aku
boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami
ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat
dapur.
Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak
kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Kadang-kadang tu ada la jugak
rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam
bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang
aku mengaji kat ruang tamu atas, kasi dia panas sikit. Aku takdalah
rasa takut, cuma cuak sikit je.
Terpulang la korang nak percaya atau tak. Tapi hakikatnya cerita ni
semua memang benar, takda reka-reka. Dan gambar tu pun memang betul,
abang aku yang capture sendiri. Cuma ingatlah, kat dunia ni memang ada
makhluk lain yang diciptakan oleh Allah. Dan kita kena percaya, mereka
ni wujud. Percaya saja bukan takut. Sebabnya yang perlu kita takutkan
adalah yang DI ATAS tu.
himpunankisahmisteri.blogspot
Penipu banga nate nie
BalasPadam