Ahad, 30 Disember 2012

Penghuni Misteri Di Surau Lama

Hai korang apa kabar? moga sihat2 hendaknya..  hari ni aku nak kongsikan kat korang tentang kisah misteri disebalik surau terbiar yg aku paparkan pada entry sebelum ni, pada korang yg terlepas entry tersebut korang boleh jengah DISINI

di surau inilah penduduk terlihat kelibat seorang tua sedang bersolat
 
 
 

Seperti yg diceritakan oleh akak aku, surau ni sudah lama terbiar, dah bertahun2.. dulu ada seorang hamba Allah ni rajin jaga surau ni, tapi disebabkan dia dah tua dan uzur maka dah tak ada lagilah org yg nak menjaga surau tersebut.. biasalah, bila dah kosong mesti benda2 halus ni tumpang.. sebab tulah secara tak sengaja aku terakam gambar entiti tu, yelah semua tu dgn keizinan-Nya..

Berbalik pada kisah surau ni.. kisah bermula pada satu petang nan senja.. ada sepasang suami isteri ni dari kampung yg sama, keretanya mengalami kerosakan.. masa tu dorang nak ke bandar.. tapi disebabkan kereta dah buat hal, dorang pakat terus hantar kat bengkel dalam kampung tu juga..

Lama juga dorang tunggu si pomen tu baiki kereta dorang, si isteri pulak dah bosan menunggu lalu dia minta izin kat si suami biar dia balik dulu, berjalan kaki.. mula2 si suami tak bagi, dah nak siap ni tunggu jelah kejap! lagipun dah nak magrib ni!  marah suaminya.. 

Tapi isterinya berdegil nak jalan jugak'' kalau abg dah siap nanti ambillah sy dekat surau depan tu, sy boringlah tunggu macam ni'' ngomel si isteri tadi dan terus pergi..si isteri ni jalan punya jalan sampailah dia di surau tu dan dia duduk kat tangga surau untuk berehat, sambil2 menjeling ke arah bengkel yg tak jauh dari surau tersebut...

Tiba2 ada org tua bertongkat sambil terbongkok2 menyapa dia..'' anak tunggu sapa? soal pakcik tu.. ''eh, erk..erk.. sy tunggu suami saya'' jawabnya tergagap2 sebab terkejut tiba2 je org tua tu muncul dari arah depan dia.. ''kalau macam tu mari kita solat berjemaah  sekali'' ajak org tua tu pada dia... ''takpelah pakcik kejap lagi suami sy datang ambil sy'' dia memberi alasan sambil meninjau2 kearah bengkel tersebut..'' 

Dia rasa pelik sebab surau ni kan dah tak digunakan lagi.. baru jer dia nak bagitau pakcik tu, bila ditoleh,org tua tu dah ghaib macam tu jer.. tiba2 dia terhidu bau yg sangat harum.. apa lagi, dia terus lari sekuat hati pergi ke bengkel tu balik semula, dengan nafas tercungap2 dan dalam keadaan menggigil dia tarik tangan suami dia ajak balik.. kebetulan kereta dah pun siap dibaiki..

Si suami bertanya '' kenapa dgn awak ni mcm nampak hantu jer'' tapi si isteri ni diam tak jawab apa2.. tiba je di rumah barulah dia ceritakan pada suami dia yg dia nampak seorang tua kat surau tu, terkejut lah si suaminya dengar cerita si isteri tadi... esoknya hebohlah satu kampung yg surau tu dah ada penghuni baru, dan ada juga penduduk kampung yg pernah ternampak kelibat org tua sedang bersolat dalam surau tu...

Persoalannya sekarang siapa org tua tu? jin islam? org bunian atau.. mungkin juga org tua tu nakkan org kampung mengimarahkan kembali surau tersebut.. siapa tahu kan? wallahualam, Allah sahaja yg mengetahuinya...

Ok jika korang nak dengar lagi kisah2 mistik.. tinggalkan lah komen dibawah.. mungkin korang dah bosan asyik cerita mistik jer..huhuu... apapun jika korang suka kisah ini jangan lupa klik butang LIKE dibawah... dari itu semoga korang terhibur dengan kisah yg aku paparkan ini...sharing is caring.. aper cerlop tok... hehee....

sekian wassalam
 blognasirhamzah.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...