Rabu, 26 Disember 2012

Tips Mengleakkan Diri Daripada Terkena PUKAU

Kejadian pukau amat popular dihari ini seakan menjadi-jadi yang diamalkan oleh mereka yang tidak betanggungjawab. Kebiasaanya pukau ini tidak memilih mangsa mungkin yang lemah mudah terkena pukau ini terutamanya orang perempuan. Disini sedikit perkongsian dapat kita manfaatkan bersama bagi mengelakkan diri daripada terkena pukau. Difahamkan ilmu pukau ini banyak cara dan jenisnya terbahagi kepada beberapa bahagian ada cara dengan menepuk bahu, berjabat tangan, menghembuskan asap rokok, membuang pasir ke bumbung rumah dan seribu satu macam lagi.
 
 


Ilmu pukau ini adalah satu sihir pastinya ianya ada kelemahanya yang tersendiri. Orang-orang tua dahulu ada meninggalkan sedikit pesanan atau tips untuk kita amalkan diantaranya : Jangan tidur diposisi yang sama, tidur dengan cara menyongsang bagi ahli keluarga yang berada didalam rumah. Menterbalikan penyapu dan diletakkan di pintu dan memelihara ikan puyu. Mungkin usaha seumpama ini dapat mengurangkan risiko rumah atau penghuni rumah tersebut boleh terkena pukau. Mungkin ini jenis pukau serumah dan kalau secara individu bagaimana?

Seandainya kita berseorangan dibandar atau dimana jua pukau masih boleh di lakuakan dengan cara berseorangan dengan cara  menepuk bahu, berjabat tangan, di hembus dengan asap rokok atau sekadar renungan dan bertentangan mata atau sekadar mencuit anda sahaja. Pasti bilamana perkara ini terjadi mata kita akan bertentangan mata dengan penjenayah pukau ini. Pastinya bebola mata kita akan terus berhubung serta dengan mudah kita akan terpengaruh dengan mentara dan jampi mereka dan anda seumpama di bius lupa segalanya dan hanya mengikuti sahaja arahannya.Diperingkata awal mungkin penjenayah pukau akan bertanya soalan-soalan pelik kepada anda bertanyakan arah jalan, kedai yang ingin ditujui dan berbagai cara lagi dan sehingga jika anda membawanya untuk meniki kereta pasti anda telah terkena sepenuhnya pukau dari penjenayah ini.

Bagi mengelakkan diri terkena jenis pukau ini kita perlu lebih berwasapada terhadap tingkah laku kita sendiri paling penting respon kita bila situasi ini terjadi. Sebagai contoh jika bahu anda dicuit atau ditepuk anda boleh menoleh kearah belakang tapi perlu diingat jangan terus memandang pada wajah pelakunya perkara seumpama ini terus menghubungkan anda pada terkena pukau. Sebaiknya pandang kearah kakinya terlebih dahulu kemudian baru memandang kepada wajahnya ( jangan memandang tepat kearah matanya). Dengan cara sedemikan pukau tidak akan menjadi kerana pertentangan mata anda dengan matanya sudah menjadi pandangan kedua anda terhadapanya.

Kadangkala ada juga penjenayah pukau ini menggunakan taktik dengan sekadar mengetuk pintu rumah kita dan apa bila kita membuka pintu mata kita terus memandang raut muka mereka dengan sedikit arahan sahaja kita boleh sahaja terus terkena pukau daripada penjenayah pukau ini.

Mungkin diluar sana banyak doa, tips dan amalan daripada ayat-ayat tertentu. Sebaiknya kita amalkan, paling penting jangan sampai kita lupa pada Allah dan jangan biarkan hati kita kosong daripada mengingatinya. Pasti bila hati kita kosong situasi ini boleh dipengaruhi oleh perkara yang tidak sepatutnya. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...