Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain." -
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.” Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah
selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar
tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh
kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari
syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus
menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun
menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ”
sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang
yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis
itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita
tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan
inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan
berita yang tidak sebenarnya.”
AAP - Bak kata pepatah "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa." Moralnya bercakap dan berkata-kata juga kenalah berpada-pada... jangan main sedap mulut aje... sendiri mau ingat kalau jadi apa-apa itu dekat dunia, disana nanti Wa'allahhualam.
Wassalam, Wa'allahhualam.
akuanakpahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan