Seorang budak perempuan
Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul
seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota
Başakşehir İstanbul.
Ahed Tamimi telah
menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia
memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November.
Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu.
Korang berani jadi seperti dia? |
"Kata-kata pertama
adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk
kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh
warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.
Tamimi tiba di Turki
menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari Isnin lepas. Dia
ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh pelajar sekolah yang
memegang bunga dan bendera Palestin.
Sambil membuat tanda
kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan. Di depan
wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata: "Saya
tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan menunjukkan
kepada mereka keberanian rakyat Palestin.
"
Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar Başakşehir.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan