Lockitron adalah mangga canggih yang memanfaatkan teknologi smartphone anda sebagai kunci untuk membukanya. Mangga ini telah dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi dan Bluetooth 4.0 yang berguna untuk berhubung ke internet.
Cara kerja Lockitron cukup sederhana dan mudah digunakan. Bagi para pengguna iphone, anda harus menyambungkan Lockitron ke network di rumah dan pastikan telah berhubung ke internet. Buatlah sebuah akaun utama (admin) kemudian download aplikasi Lockitron via AppStore. Jika telah selesai, anda hanya perlu connect ke internet, jalankan aplikasi Lockitron, masukkan akaun yang telah anda buat dan dengan segera anda dapat mengunci dan membuka Lockitron bila-bila masa dan di mana saja.
Berbagai ciri-cirie canggih lagi untuk melengkapi Lockitron seperti misalnya ciri-ciri notifikasi yang akan mengirimkan informasi seperti pintu yang belum terkunci atau bateri Lockitron yang perlu diisi semula, serta ciri-ciri sensor yang akan memberi maklumat kepada anda jika ada yang mengetuk pintu rumah.
Selain untuk keselamatan rumah, Lockitron juga hadir dengan ciri-ciri keselamatannya sendiri. Peranti ini telah dilengkapi dengan signal yang telah dienkripsi dan jika sewaktu iphone anda hilang atau dicuri orang, aplikasi Lockitron dapat dinonaktifkan. Anda juga dapat reset password dan mengisi password yang baru, tanpa harus mengganti Lockitron.
Pasti ada risiko kunci ini dapat dipecahkan oleh orang lain. Ada juga risiko kesulitan membuka kunci jika sambungan internet atau Wi-Fi terganggu.
Sekarang anda dapat melakukan pemesanan melalui website Lockitron dengan harga $149 atau lebih kurang rm500. Namun untuk memilikinya anda perlu bersabar, kerana mangga canggih ini akan mula dikirim bermula bulan Mei 2013. Perlu diingat, tidak semua jenis pintu dapat menggunakan Lockitron. anda dapat melihat jenis pintu yang disupport Lockitron di website mereka di https://lockitron.com
isuhangat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan