Khamis, 20 Disember 2012

Subhanallah Pemuda ini menjual motosikalnya gara-gara mimpi Palestin!

OPEN ; Pastikan anda membacanya......... kerana hanya ucapan ALLAHUAKBAR yang akak  dapat ucapkan diatas kemurnian dan kesucian adik kita ini. Semoga ALAH akan melindungimu adik di sana serta didunia dan diakhirat nanti.




Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya.

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu 
katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".
Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.
Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.
Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.
900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini.
Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.
Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini.
3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan.
Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".
Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada."
Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya.


Dikopi dr fb Farrah Adeeba. Allahuakbar. Terharunya baca kisah ni..... Semoga Allah swt memberkati hidup anak muda ini dunia dan akhirat. Aamiin.
aiyangdisayngblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...