Ahad, 25 Mac 2012

Cara Membantu Kanak-Kanak Lambat Bercakap?

Salam dan hai readers,


Kanak-kanak hampir menginjak 2 tahun tapi masih belum dapat menuturkan patah perkataan yang boleh difahami. Bila diluahkan masalah ini kepada orang yang lebih tua dari kita macam mak ke abah kita ke mesti jawapan mereka camni..’Kalau si kecik tu dah pandai bercakap esok, mesti kamu tak terlayan cakap mereka nanti’. Adoi, pening kan~

5 Pulau Tercantik Di Malaysia

Pulau Sipadan

Seronoknya kalau dapat bercuti-cuti di pulau yang indah2 di Malaysia ni kan...Dapat tenangkan fikiran, snorkling, mandi manda, makan fresh seafood dan meluangkan masa bersama yang tersayang. Kalau tengok antara banyak2 pulau yang ada, pulau yang berada dalam TOP 5 pulau tercantik ialah Pulau Sipadan, Tioman, Perhentian, Langkawi dan Redang. Pulau Sipadan ini terletak berhampiran Bandar Semporna, Sabah yang mana ianya popular dengan aktiviti selaman skuba. Perghh tengok ajelah view dia ni, owhhh sungguh mendamaikan.

Surat Untuk Cikgu

Ada citer sikit tentang guru dan murid, nak dengar..Jommmm...


 
 

Tahniah - Nenek 65 Tahun Ulang Alik 300KM Demi PhD

Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), seorang nenek sanggup menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.

 
 

Budak Memiliki Hidung Seperti Badut

Connie Lloyd, 2 tahun, selalu digelar sebagai kanak-kanak yang memiliki hidung seperti badut atau ” clown’s nose” . Dilahirkan pada tahun September 2008 dengan ketumbuhan yang tidak berbahaya di hidungnya ( benign tumour ). Ketumbuhan ini dipanggil sebagai haemangioma iaitu ketumbuhan salur darah.

Connie-Lloyd 

Cuepacs Mahu Nama Anggota Suruhanjaya Diumum Sebelum 31 Mac

 Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengumumkan individu yang akanmenganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistikperkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kongres itu mendapat banyak pertanyaandaripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantikmenganggotai suruhanjaya itu.

"Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.


Fakta Hari Ini - Cendekiawan Islam Di Bidang Kedoktoran

1.Zakariyya Ar-Razi

Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Zakariyya Ar-Razi. Orang Barat menyebutnya Rhazes. Dia dianggap sebagai salah satu doktor terbesar dalam budaya Islam dan juga salah satu pembangun kimia moden. Prestasinya itu membuatkan dia digelar sebagai “bapa kimia moden”. Sumbangan besarnya dalam kimia ialah ketika dia membahagi bahan-bahan menjadi 4 kategori: logam, tanaman, haiwan, dan bahan-bahan bernilai.


♥Tips kEcanTikaN dALam IsLam ♥

Jom kite ikut Tips ni sesame...

• Bedakkanlah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya diakhirat 


• Oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda. Anda akan kelihatan lebih jelita 



10 Cara Berjaya Seperti Rakyat Jepun

Kita tidak perlu malu meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan. MALAHAN HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH AKHLAK YANG PERLU DI MILIKI OLEH ORANG iSLAM
Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;

1. KERJA KERAS


9 Perkara Membantu Perubahan Dalam Diri

 

✿~ Jika kita marah–>TOPUP wuduk utk menyejukkan jiwa..

✿~ Jika kita bingung–> KLIK doa agar tenang hati..
 

Sabtu, 24 Mac 2012

10 Ahli Sukan Yang Menjadi Jutawan..!!

Saya kagum,dgn bersukan pun boleh jadi jutawan. Walaupun tak sekolah tinggi - tinggi tapi lebih kaya dari orang yang sekolah separuh mati nak belajar semua subjek.Klo kita buat sesuatu dengan bersungguh - sungguh pasti berjaya.Paling penting kena istiqomah atau konsisten dalam menjalankan usaha kita tue...Insyallah pasti dan pasti kita boleh berjaya..
Kata pepatah arab : من جد وجد و من زرع حصد
Maksudnyer : Siapa yang menanam dia yang menuai, siapa yang berusaha pasti berjaya..

Top10 Carta Dosa

mylovely-fieda

Ikan Jerung Bersalam Dengan Manusia Sambil Senyum


Gambar menunjukkan seekor jerung bersalaman dengan Eli Martinez yang merupakan seorang editor Shark Diver Magazine.

Hardisk Dengan Kapasiti 1 Yottabytes Dicipta

Hardisk dengan kapasiti 1 Yottabytes (1 Trillion GB) - kini sedang dibangunkan oleh syarikat NSA di sebuah ruangan seluas 92,903 m2 sebagai tempat penyimpanan hardisk dengan kos keseluruhan sekitar 2 billon dollar (RM 6 billion). 

 
 

Fakta Dan Mitos Tentang Kecantikan

Semua orang mahu memiliki wajah dan tubuh badan yang cantik. Namun kadang-kadang kita terlalu percaya kepada mitos tanpa mengetahui apa fakta sebenarnya. Berikut beberapa mitos dan fakta tentang kecantikan : 

Mitos : Waktu aku kecik-kecik dulu, aku pernah terdengar yang jika kita mencabut sehelai uban, akan tumbuh lebih banyak lagi uban. 


Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

ASSALAMUALAIKUM

 

 
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
 

Sejarah Ayat Kursi

Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Bacalah Injil Hingga Akhir!

 
Kisah saya bermula pada tahun 1979. Kisah dimana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat patuh. Sebelum memeluk agama Islam, keluarga kami menganut Ortodoks Katolik Rom. Keluarga saya secara aktif terlibat dalam urusan gereja. Kami ada paderi, biarawati dan mubaligh sebagai sebahagian daripada keluarga kami. Datuk saya merupakan pengasas gereja di Kerala, India. Keluarga saya berpegang kepada idealisme.

 Kami mencintai Pencipta kami walaupun telah menyimpang dari jalan benar, dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang baik. Kami bangga dengan diri kami sebagai orang-orang yang beriman dan yang terbaik di kalangan kami ialah ibu kami. Dalam banyak perkara ibu kami dijadikan sebagai model yang terbaik untuk wanita-wanita lain oleh pendeta kami. Ibu kami adalah model bagi wanita Kristian. Dia membaca injil secara rutin dan mengamalkan agama ini dengan sungguh-sungguh.

Kisah menarik wanita Kristian bertudung yang berbicara tentang Islam

Untuk dikongsikan bersama... cukup menarik bertudung dahulu baru peluk agama Islam.

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).
 
 

Tips Amalan Ketika Anak Tidur

Mungkin antara kita sudah sedia maklum tentang perkara yang patut dilakukan ketika anak sedang tidur. Tapi aku tetap nak berkongsi dan nak tempek kat sini sebagai rujukan. 



Jumaat, 23 Mac 2012

Cuepacs Mahu JPA Cepatkan Pekeliling Pelarasan Gaji

 Cuepacs menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

Keistimewaan Seorang Insan yang bergelar Ayah


Assalamualaikum.

Saya ada menemui satu artikel ini. Saya ingin berkongsi kepada anda semua. Sebuah artikel mengenai keistimewaan seorang ayah. Saya pasti, semua orang mempunyai ayah bukan? Samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti, sesaat kita dilahirkan, mereka tetap ibu dan ayah kita. Tiada sesiapa dapat mengubah kebenaran tersebut.

Ujian Itu Keuntungan

Mengharapkan keredhaan Allah bukanlah suatu yang mudah buat mana-mana manusia yang benar-benar menuntut kasih dan sayang dari sang pencipta. Keredhaan Allah itu adalah hak untuk setiap manusia mendapatkannya,  namun ia hanya benar-benar layak untuk hamba-hamba yang runtun hati dan jiwanya hanya untuk diserahkan kepada Allah.


6 Cara Membezakan Daging Babi Vs Daging Lembu

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging b.a.b.i dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging b.a.b.i dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
 
1. Dari segi warna
 

Al-Quran Mengandungi Petunjuk Saintifik

Al-Quran mengandungi petunjuk saintifik, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
Al-Quran terkandung undang-undang atau petunjuk yang memberi pedoman kepada manusia mengenai sesuatu yang nyata dan sesuatu yang ghaib. Mukjizat yang disampaikan oleh Allah kepada manusia menerusi Rasul-Nya terkandung hikmah yang amat besar untuk direnung dan difikirkan. Konsep ulul albab seperti yang dianjurkan oleh al-Quran membina jiwa tadabbur iaitu berfikir, mengamati dan memerhati supaya lahir kecenderungan mengkaji dan menyelidik.


Ken Livingstone Bersumpah Jadikan London Pusat Bandar Islam



Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.

"Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad," kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yangdipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.


Tip Mengatasi Kesukaran Tidur (Insomnia)

Adakan di antara kita mengalami masalah kesukaran tidur? Kesukaran tidur merupakan satu penyakit yang dipanggil insomnia dan terjadi kepada hampir semua golongan

  Andakah anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur? Jika ya! Anda berkemungkinan besar menghidap penyakit Insomnia. Insomnia adalah penyakit ganguan tidur atau dalam erti kata lain susah nak tidur. Ianya biasa disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata.


Khamis, 22 Mac 2012

Gaji SSM 2012 (Baru) & Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini!!

Sifir Gaji Baru SSM Gaji SSM 2012 (Baru) & Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini!!
Diharapkan berita ini dapat mengurangkan tanda-tanya & penantian dikalangan kakitangan awam. Akhirnya desas-desus tunggakan berkenaan gaji SSM 2012 (baru) dilaporkan akan mula dibayar bermula bulan April depan.

SPA Malaysia : Surat Tawaran Kepada 7,000 Pemohon Jawatan Sektor Awam Dihantar!!

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menghantar surat tawaran secara berperingkat kepada 7,000 pemohon jawatan sektor awam yang berjaya dalam temu duga bagi gred 17 hingga 41, selepas pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 8 Mac lalu.


Pelajar Boleh Berbahasa Korea Lepas Kemalangan Kini Bertutur Loghat Terengganu Pula




BESUT - Pelajar perempuan Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Noraini Ismail, 17, yang menggemparkan negara sebelum ini, kerana boleh bertutur bahasa Korea selepas kemalangan jalan raya kini bertutur loghat Terengganu pula.

Sebelum ini, bahasa pertuturan hariannya adalah bahasa Melayu baku pelat Cina selain langsung tidak boleh bercakap bahasa ibundanya, iaitu loghat Kelantan.

Selepas kemalangan jalan raya pada Januari lalu, dia juga boleh bercakap bahasa Cina selain Korea pada masa tertentu.
 

Menara Eiffel Daripada 36000 Batang Mancis

Terdapat sekumpulan individu berjaya menghasilkan binaan Menara Eiffel dengan hanya menggunakan 36 000 batang mancis sahaja. Sungguh menakjubkan hasil kreatif mereka.

 Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan individu yang berjaya membina Menara Eiffel dengan hanya menggunakan 36 000 batang mancis. Hasil kreatif ini telah dipersembahkan kepada khalayak ramai. Jom kita lihat gambar menarik Menara Eiffel yang diperbuat dari mancis di bawah ini.


Melawat Kilang Kelambu Kaabah...


-Ditenun daripada 670 kilogram sutera putih asli dan dicelup dengan warna hitam. Luas keseluruhannya adalah 2,650 meter persegi.


Ayat Lawat Mr Karam Singh Walia

Karam Singh Walia memang terkenal dengan ayat sastera dan istilahnya yang power. Ramai yang tersenyum apabila menonton laporan berita darinya. Jom kita lihat beberapa ayat beliau:
 
1. Biar lambat asalkan tak cepat
 

Misteri Disebalik Kasut Tumit Tinggi




MISTERI DISEBALIK KASUT TUMIT TINGGI

Masih ramai yang tak tahu terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini.
Kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.

Fakta Hari Ini - Kebaikan Menjilat Jari Selepas Selesai Makan

 Kebaikan Menjilat Jari Selepas Selesai Makan
Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan.

Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.


Tip Untuk Merancang Jantina Anak – Pendapat Pakar


Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tip-tip lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.

Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.


Kisah SUMAYYAH

Saya suka lagu Hijjaz kisah Sumayyah ..tangan yang mengayun buaian – menggoncang dunia mencipta sejarah.

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.


KERANA SEBIJI TEMBIKAI

buah tembikai yang manis
Terdidik kerana sebiji tembikai…
 
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.



Rabu, 21 Mac 2012

Teka Teki Dari Imam Ghazali




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ):
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Cara Nak Hilangkan Jerawat- Ustaz Azhar Idrus


Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.


Huruf Alif Dalam Ayat Quran Ganti Logo 1Malaysia?

Quran Logo 1Malaysia Huruf Alif Dalam Ayat Quran Ganti Logo 1Malaysia?
Kami tak pasti apa tujuan & motif memaparkan ayat Quran yang mahu disertakan sekali dengan logo 1Malaysia merujuk kepada gambar di atas. Logo 1Malaysia tertera pada halaman Surah Al Mulk.
Ayat Al-Quran ini telah dikesan berada di sebuah surau Al-Badar yang terletak di kawasan Lembah Pantai.

15 Telefon Awam Yang Pelik

Mesti kita tak pernah tengok telefon awam yang pelik kan? Kat Malaysia ada ke ek?Sebab Kecohabes tengok semuanya design yang biasa sahaja. Biar design dia pelik dan unik asalkan telefon tu boleh guna, kan? Hehe! Jom tengok (15 gambar)


Tempat Letak Pen dan Pensel Unik

Pilihlah mana-mana yang berkenan ye. Tak pasti sama ada dijual di Malaysia. Kalau di Malaysia, biasanya yang simple je kan..


 

Panduan Mengurangkan Risiko Kesihatan Anak !


Panduan mengurangkan risiko kesihatan:


Mengehadkan masa di hadapan komputer.

Ibu bapa harus mengehadkan masa bermain kepada lima belas minit saja, kemudian minta anak berehat dengan memandang alam sekitar kemudian menyambung semula sekiranya perlu. Sebaiknya hadkan masa penggunaan kepada satu jam sehari.



Ayat Pengerak

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

 

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Selasa, 20 Mac 2012

Lelaki Bosnia Ini Sanggup Berjalan Kaki ke Mekkah Untuk Menunaikan Haji

Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

 

Fakta Hari I ni - 6 Mitos Mengenai INFLUENZA Yang Wajib Anda Tahu!

RAMAI yang mempunyai pelbagai tanggapan tentang demam selesema termasuk cara menghindar atau merawatnya. Jika silap mengambil langkah asas, penghidap selesema ini bukan bertambah baik malah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. Berikut adalah antara mitos yang biasa kita dengar: