Khamis, 2 Januari 2014

Bekas Penganut Kristian, Nicol Queen Memeluk Agama Islam

nicol-queen Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada sebuah pekan kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam.

Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan ini.

Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus asa di dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yang memberi ceramah tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.



Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang telah berkahwin dan dikurniai seorang putera.

Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi untuk memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam.

Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri, persahabatan, atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa yang menoleh ke belakang di dalam pelayaran dan mengatakan “Aku tidak percaya yang diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat, tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya tahu yang saya seringkali mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya bukanlah berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar menukar kepercayaan akidah sahaja.

Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber’blog’, mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini

. Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam meningkat dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang perjalanannya.
Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.

Keseronokan yang diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya gelarkannya sebagai “New Muslim High” (Kenikmatan Saudara Baru Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat dibotolkan dan dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut dapat berkongsi perasaan yang menakjubkan ini. Ianya berlaku secara spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yang lena dan berkata “Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu yang baru.

Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada berjiwa. Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus cabaran yang bakal mendatang.

sumber: suarainsan.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...