Mengembara beribu batu untuk menuntut ilmu, mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Rasulullah SAW bukanlah satu kerja
yang mudah. Tapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini.
Kesungguhannya amat ketara walaupun umurnya masih muda remaja. Pernah
Imam Bukhari bermusafir 8,000 kilometer untuk mendapatkan sepotong hadis
sahaja.
Bagaimanapun, beliau sangat teliti dalam menyaring Hadis-hadis yang
diterimanya sebelum mengklasifikasikannya sebagai Hadis sahih.
Satu ketika beliau pergi ke rumah seorang perawi Hadis. Beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Rupa-rupanya dia menabur pasir untuk mengumpan haiwan itu supaya mendekatinya.
Melihat perbuatan orang tersebut, terdetik di hati Imam Bukhari, �Kalau orang ini boleh berlaku tidak jujur dengan haiwan, dia juga boleh berlaku tidak jujur dengan ilmu.�
Satu ketika beliau pergi ke rumah seorang perawi Hadis. Beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Rupa-rupanya dia menabur pasir untuk mengumpan haiwan itu supaya mendekatinya.
Melihat perbuatan orang tersebut, terdetik di hati Imam Bukhari, �Kalau orang ini boleh berlaku tidak jujur dengan haiwan, dia juga boleh berlaku tidak jujur dengan ilmu.�
Lalu beliau sekadar berjumpa orang itu-tetapi tidak mengambil Hadis daripadanya.
Bagaimanapun, sekiranya beliau tidak menerima Hadis-hadis yang
diragui perawiannya, Imam Bukhari tidak akan menyebut nyebut keaiban
perawi-perawinya, apalagi mengumpat atau mencela mereka. Beliau hanya
mengatakan, �Hadis ini tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan
untuk diakui sebagai Hadis yang sahib� atau �Hadis ini tidak dipakai
orang.�
Sewaktu kecilnya, Imam Bukhari telah hilang penglihatannya. Ibunya
tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar penglihatan anaknya pulih.
Hinggalah pada satu malam si ibu yang berhati mulia itu telah bermimpi
bertemu Nabi Ibrahim a.s.
Dalam mimpinya itu Nabi Ibrahim a.s. berkata, �Wahai ibu! Allah telah
mengembalikan penglihatan anakmu disebabkan doamu yang tulus dan
sepenuh hati.�
Keesokan harinya, ketika si ibu bangun dari tidur, beliau amat
terkejut dan gembira melihat anaknya Muhammad (nama sebenar Imam
Bukhari) pulih penglihatannya.
�Muhammad� kau telah dapat melihat semula?� tanya ibunya.
�Ya, bu, berkat doa ibu,� jawab Imam Bukhari dengan wajah ceria.
Berkat doa ibunya juga, Imam Bukhari terbuka hatinya untuk mendalami
ilmu terutama ilmu tentang Hadis. Sebagai tanda kesyukuran, si ibu
merelakan anaknya berpisah daripadanya dan merantau menuntut ilmu.
Imam Bukhari telah menghabiskan sebahagian umurnya mengembara ke pelbagai tempat untuk belajar dan mengumpul Hadis untuk dimuatkan di dalam kitabnya �Sahih Bukhari�.
Pada satu malam Imam Bukhari bangun menyalakan lampu lalu pergi
menyucikan diri. Kedinginan malam langsung tidak menggoyahkan azam dan
niatnya untuk bermunajat pada Tuhan, seolah dia sudah lali dengannya.
Setelah menunaikan beberapa rakaat sembahyang, dia mengambil masa
menulis dan menyalin kembali Hadis-hadis yang baru diterimanya.
Menjelang Subuh, beliau menyambung sembahyangnya sebanyak 13 rakaat
lagi.
Pada masa yang lain pula beliau akan berwudhuk dan melakukan sembahyang dua rakaat setiap kali hendak menulis
(menaqalkan) sesebuah Hadis di dalam kitabnya �Sahih Bukhari�. Bagi
beliau, Hadis adalah wahyu Allah jua, maka kepada-Nya beliau mohon
pertolongan untuk menyempurnakan kerja mengumpul dan menyaring
Hadis-hadis yang dipusakakan oleh Rasul tercinta.
Beliau juga dikenali sebagai ahli khusyuk. Pernah Imam Bukhari
meminta tolong kawan-kawannya membuang sesuatu di belakang badannya yang
membuatkan dia rasa tidak selesa setelah bersembahyang tadi.
�Masya-Allah, kau disengat lebah,� seru kawan-kawannya dengan nada
hairan. Di belakang badan Imam Bukhari terdapat kesan-kesan lebam bekas
sengatan lebah. Kebiasaannya, orang yang kena sengat sampai begitu tentu
akan menjerit dan mungkin jatuh pengsan. Pelik, serangan lebah-lebah
itu tidak sedikit pun mengganggu sembahyangnya.
Namun tidak ada yang aneh bagi manusia besar seperti Imam Bukhari
ini. Sejak ia mula mengangkat takbir yang pertama untuk sembahyang
hinggalah selesai memberi salam tiada ruang di hatinya untuk yang lain
mencelah selain dan bermunajat dengan Penciptanya Yang Maha Pengasih.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan