Ahad, 19 Januari 2014

Mitos Sulur Bidar Di Takuti Kaki Pancing

BEGINILAH dikatakan rupa makhluk "Sulur Bidar"
DI sebalik riak air yang tenang di permukaannya, Tasik Kenyir yang dikelilingi hutan rimba menyembunyikan pelbagai misteri dan mitos yang masih tidak terungkai sehingga hari ini.
 

TAPAH gergasi Tasik Kenyir
Selain kisah alam bunian, kelibat ular gergasi yang berenang di permukaan tasik dan ikan tapah sebesar perahu yang menyambar monyet di dahan pokok, kewujudan makhluk bernama Sulur Bidar juga antara yang sering diperkatakan.

Dalam kalangan pemancing tegar yang meneroka jauh ke penjuru tasik dan memasuki aliran anak-anak sungai, kisah Sulur Bidar di Tasik Kenyir bukan sesuatu yang asing, bahkan sudah menjadi modal bersembang sejak sekian lama.
Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
Sulur Bidar yang diceritakan dalam pelbagai versi digambarkan sebagai makhluk menyerupai hamparan tikar yang muncul di permukaan tasik dan menyerang dengan menterbalikkan bot sebelum menggulung dan menenggelamkan mangsa ke dasar tasik.

 

Kemunculan makhluk yang menjadi mimpi ngeri kaki-kaki pancing itu dikatakan dapat dikesan melalui gelodak buih yang diikuti dengan timbulnya daun-daun mati di permukaan air.
Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan
Lebih aneh lagi, daun-daun yang timbul dari permukaan tasik itu dikatakan kering seolah-olah diperah dan digulung-gulung oleh makhluk itu sehingga boleh terus dibakar.

Salah satu versi yang agak popular mengatakan, makhluk berbadan seperti tikar atau permaidani yang sering muncul selepas hujan itu mempunyai empat kepala seperti kepala ular di setiap penjuru badannya.

Selain menjadi mitos dalam kalangan kaki pancing, makhluk yang dipanggil Ular Bidan oleh penduduk tempatan itu turut diceritakan oleh masyarakat Orang Asli dan dikatakan wujud di tasik-tasik besar seperti Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang.
TASIK KENYIR banyak menyimpan misteri...
Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.
PADA tahun 80 an komik "LUBUK" ada menceritakan tentang makhluk "Sulur Bidar"
Versi Pertama
Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.
KISAH makhluk "Sulur Bidar" menakutkan pemancing 
Versi Kedua
Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.
KOMIK ini dihasilkan berdasarkan kisah benar
Versi Ketiga
Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat
Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang  dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima
Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam
TIKAR bekas mayat jangan di buang sembarangan...
Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.

Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?

KISAH BENAR

Di Tasik Kenyir salah seorang daripada empat saksi yang mendakwa pernah melihat kejadian aneh yang mungkin boleh dikaitkan dengan kewujudan makhluk tersebut.
Di Tasik Kenyir salah seorang daripada empat saksi yang mendakwa pernah melihat kejadian aneh yang mungkin boleh dikaitkan dengan kewujudan makhluk tersebut.
Mohd. Radzi Mohd. Datar
Mohd. Radzi Mohd. Datar, Juruteknik Awam Kanan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkata, dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu, beliau dan empat orang rakannya dikejutkan dengan gelodak buih yang bergerak menuju ke arah mereka ketika berada di tebing Tasik Kenyir.

"Cerita mengenai Sulur Bidar memang sudah lama kami dengar".

"Tetapi pada hari itu lidah kami betul-betul kelu, tidak berkata apa apabila melihat kepulan buih besar yang timbul di permukaan tasik.

"Berbeza dengan buih mata air yang biasa dilihat, buih tersebut seperti keluar daripada sesuatu yang sedang bergerak laju ke arah kami berempat,'' katanya.

Panik dengan apa yang berlaku, Mohd. Radzi dan rakan-rakannya bertindak meninggalkan tempat kejadian tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
SYAITAN akan menganggu anak Adam hingga hari kiamat...
Sejauh mana kebenaran mitos mengenai Sulur Bidai, ramai yang mempercayai dan menganggap kemunculan makhluk seumpama itu sebagai jelmaan jin atau syaitan yang mahu mengganggu manusia.
http://alamcyber.blogspot.com/

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...