Terowong Bawah Laut Malaysia Indonesia Bakal
Di Bina | MALAYSIA dan Indonesia bakal menjalinkan kerjasama dalam
membangunkan projek pembinaan terowong bawah laut sepanjang 17.5
kilometer dari Kukup, Pontian ke Pulau Karimun, Indonesia.
Projek itu masih dalam peringkat awal kajian antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Yayasan Amanah Pelalawan di Indonesia.
Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM Prof Dr Azlan Abdul Rahman
berkata, projek itu disasarkan menelan kos RM15 bilion hanya akan
dimulakan sebaik mendapat persetujuan kedua-dua negara.
“UTM akan jadi pembantu dan pemangkin untuk jayakan kolaborasi ini.
Apa yang menariknya, ia akan memudahkan perjalanan dari Malaysia ke
Indonesia. Projek ini berpotensi dan kita sedang dalam peringkat
mengkajinya lagi.
“Oleh itu, kita akan buat kajian bersama untuk lihat bagaimana pembangunan ini dapat dilaksanakan,” katanya
pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman
antara UTM dan Yayasan Amanah Pelalawan di Skudai, Johor, semalam.
Pada majlis berkenaan UTM diwakili Azlan manakala Yayasan Amanah Pelalawan, Indonesia diwakili Ketuanya Prof Dr Tengku Dahril.
Hadir sama, Dekan Penyelidikan Pembinaan Penyelidikan Bersekutu UTM Profesor Dr Muhd Ruzaimi Abd Majid dan Ketua Daerah Pulalawan H M Harris.
Sementara itu, mengulas perjanjian itu, Azlan berkata, ia meliputi
skop seperti pendidikan, penyelidikan, pengurusan, pembangunan dan
komersialisasi yang diharap dapat menghubungkan kerjasama dan
persetujuan pada masa akan datang.
“Berdasarkan kepada perjanjian ini, pelbagai aktiviti akan dijalankan
termasuk penyelidikan bersama dalam minyak kelapa sawit, tenaga (gas
dan minyak), penyelidikan telekomunikasi dan infrastruktur teknologi
maklumat, kenderaan, kertas dan pulpa.
“Selain itu, pertukaran pensyarah atau profesor pelawat dan lawatan
daripada staf pentadbiran juga akan dilakukan, di samping pembangunan
kendiri dari segi latihan serta melanjutkan pendidikan ke peringkat
ijazah sarjana, doktor falsafah dan sebagainya,” katanya.
http://www.infolaju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan