Kisah negara terkecil di dunia dengan
keluasan 21 kilometer persegi | Republik terkecil di dunia dengan
keluasan 21 kilometer persegi dan hanya 10,000 warganegara iaitu
Kepulauan Nauru yang terletak di Lautan Pasifik telah memecat
satu-satunya magistret negara itu - seorang warga Australia - dan
menghantarnya pulang ke negara asalnya dengan serta merta. Dalam
perkembangan yang berkaitan, kerajaan negara itu juga turut membatalkan
visa ketua hakim negara tersebut - juga seorang warga Australia ketika
dia sedang bercuti di negara asalnya - menyebabkannya tidak dapat
kembali bertugas. Magistret Peter Law, tidak diberikan sebarang isyarat
atau indikasi mengenai pemecatannya itu.
Ketua Hakim Nauru, Geoffrey Eames yang visanya pula dibatalkan,
menyifatkan tindakan tersebut ada kaitan dengan kepentingan politik.
Eames sebelum ini telah mengeluarkan satu injunksi ke atas Presiden
Nauru, Baron Waqa dalam usahanya untuk menghalang pemecatan Law tetapi
kemudiannya mendapati yang visanya telah dibatalkan sebaik sahaja dia
tiba di lapangan terbang untuk kembali ke kepulauan itu.
Seorang kakitangan di Jabatan Penerangan Nauru ketika dihubungi oleh
agensi berita AFP diberitahu yang kontrak Law telah ditamatkan
berkuatkuasa serta merta tanpa menyatakan apakah alasan di atas
pemecatan tersebut. Mahkamah Magistret Nuaru telah dijadualkan untuk
mendengar kes 40 orang pemohon suaka politik yang didapati melancarkan
rusuhan ketika ditahan di pusat tahanan penyeludupan dan pemerdagangan
manusia minggu ini. Adalah tidak pasti sama ada pemecatan magistret
tersebut mempunyai kaitan dengan kes perbicaraan 40 pemohon suaka
politik itu.-AP
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan