Aliza Kim, seorang model antarabangsa
berbangsa Thai-Amerika mengisytiharkan keislamannya di FB beliau pada 1
Januari lalu. Seorang siswazah Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa,
beliau mula bekerja di AS dan seterusnya di Thailand selama dua tahun
dan menyertai pertandingan ratu cantik Thailand, menceburi iklan
komersial dan drama TV yang membawanya ke Malaysia. Ikuti kisah
perjalanan hidayah beliau yang menyentuh hati.
Saya telah melihat halaman kosong ini
(FB) sekurang-kurangnya 20 minit, memikirkan bagaimana saya harus
mulakan cerita yang ingin saya beritahu anda. Saya telah memikirkan
kandungannya untuk beberapa hari – sebenarnya untuk beberapa bulan –
tetapi tidak menemui cara yang memuaskan untuk saya mulakan. Jadi, saya
rasa saya hanya mulakan dengan memperkenalkan diri saya.
Nama saya Aliza. Saya tidak berbeza
daripada anda, tetapi ramai yang berkata bahawa saya telah mengalami
beberapa perkara yang luar biasa. Dalam hidup saya, saya telah belajar
di beberapa sekolah-sekolah yang paling teruk dan juga sekolah-sekolah
yang terbaik di dunia, mempunyai peluang untuk mengembara ke lebih
daripada sedozen negara-negara, bekerja dalam pekerjaan yang berubah
seperti yang anda boleh bayangkan – dari seorang pelayan kepada seorang
anggota pengurusan kanan korporat, model yang ‘in-demand’ kepada seorang
jurubahasa tentera.
Saya boleh katakan bahawa saya telah
mempunyai suatu hidup yang ditaburi dengan cebisan-cebisan menarik dalam
perjuangan, pengembaraan, kesusahan dan sedikit glamor. Malah pada
tahun lalu, saya berada di muka depan sekurang-kurangnya dalam dua
majalah dan menjadi tajuk utama dalam tiga atau empat majalah yang lain.
Tetapi tahun ini sangat berbeza.
Bagi tempoh 12 bulan lalu, saya sengaja
menjauhkan diri daripada media dan daripada acara-acara industri model;
memendam diri untuk mencari diri saya sendiri. Walaupun banyak kerja
saya masih mendapat perhatian tinggi di TV, nama saya pudar daripada
majalah, media dan senarai undangan. Tahun ini, saya dikelilingi oleh
rakan-rakan dan bukannya kamera. Tahun ini, hati saya lebih
damai daripada apa yang dirasai. Mengapa? Saya telah menemui asas,
kebenaran, keikhlasan dan ketenangan dalam agama … agama yang bukan
ketika saya dilahirkan.
(Saya berharap untuk berkongsi
pengalaman hidup saya, minat saya dalam kesihatan dan kesejahteraan,
pengembaraan makanan saya dan pandangan saya mengenai isu-isu dunia dan
banyak lagi hanya kerana saya telah lama dengan anda selepas cerita ini
dikeluarkan. Saya tahu bahawa jika anda seperti saya, anda adalah
seseorang yang melihat seseorang melebihi bangsa, agama dan jantina
mereka dan berminat untuk berkawan dengan semua orang dengan cara yang
positif dan terhormat tanpa mengira perjalanan hidup mereka.)
Saya telah menemui agama yang berasaskan
kedamaian, keikhlasan dan kehormatan. Nama agama ini diterjemahkan
secara bahasa bermaksud “penyerahan” dan, apabila dimasukkan ke dalam
konteks keagamaan, ia bermakna “untuk beribadah (menyerah diri) kepada satu-satunya Tuhan”.
Ini adalah Tuhan yang sama Nabi Adam, Nuh, Musa, Ibrahim, Daud dan Isa
sembah … Tuhan yang sama yang saya suburkan sembah dan cinta sebagai
penganut Kristian yang kuat.
Tetapi, agama yang saya peluk itu adalah
satu agama yang terlalu disalah fahami dan dan ditakuti secara meluas
kerana budaya popular dan peristiwa-peristiwa semasa.
Saya mula belajar tentang Islam melalui
usaha ikhlas untuk melihat diri saya dalam Kristian ketika saya
memerlukan harapan. Tetapi pencarian saya untuk harapan dalam Kristian
membawa saya kepada penyelidikan akademik yang teliti tentang Islam
sebagai agama dan satu cara hidup. Saya menemui Islam tidak
melalui apa yang media gambarkan atau apa yang saya pernah mendengar
tentang orang Islam, tetapi melalui sejarah, ilmuwan, menteri-menteri
Kristian , pakar-pakar Bible, guru-guru agama (Islam), pemerhatian
rakan-rakan Islam saya dan apa yang saya rasa dalam hati saya sendiri.
Secara jujurnya, tidak mudah bagi saya
untuk membuka dan memberitahu anda cerita saya. Dan, kerana kebanyakan
orang tahu saya sebagai penganut Kristian yang kuat, saya rasa ramai di
kalangan anda yang membaca (tulisan) ini yang terkejut dengan apa yang
saya kongsikan dengan anda. Tetapi saya berharap anda masih teruskan
membaca pada kerana saya tidak menulis ini untuk keuntungan peribadi
atau cuba untuk meyakinkan anda apa-apa. Harapan saya adalah untuk
berkongsi sedikit tentang diri saya dengan anda dan memberi sedikit
imbasan sebahagian daripada apa yang telah saya pelajari tentang Islam
semata-mata demi memupuk toleransi agama, hormat dan persahabatan.
Permulaan Sederhana
Bagi anda yang tidak tahu dengan latar belakang saya, izinkan saya untuk memberitahu secara ringkas tentang diri saya.
Saya dilahirkan di sebuah pekan kecil di
Oklahoma, Amerika Syarikat yang dinamakan Enid dengan bilangan penduduk
kurang 50,000 berbanding dengan bandar yang berpenduduk 1.5 juta yang
saya tinggal sekarang (Kuala Lumpur). Selepas Enid, saya telah berpindah
12 kali setakat ini.
Dalam beberapa tahun, ada beberapa masa
yang selesa dan masa kesusahan yang melampau. Saya hampir-hampir tiada
tempat tinggal, mempunyai sangat sedikit makanan yang ditaja kerajaan,
tetapi saya juga mempunyai peluang untuk bekerja dan belajar dengan
lebih keras bagi mencipta masa depan untuk diri sendiri. Walaupun dengan
kesusahan itu, saya telah cemerlang di sekolah, memenangi biasiswa
akademik dan kini memegang dua Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi
dan Sosiologi dan juga Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa.
Saya juga telah berubah secara dramatik
dalam tahun-tahun tersebut. Daripada seorang gadis pekan kecil yang
senyap, yang tidak berkata sepatah pun di sekolah hingga berumur 12
tahun, kepada seorang wanita muda yang secara sedar berjanji kepada
dirinya untuk menjadi seseorang yang akan berjaya dalam apa sahaja yang
diletakkan di mindanya.
Saya mula bersuara, menjadi pemimpin
pelajar, kemudian menjadi aktivis kampus, mendapat pengiktirafan untuk
beberapa pencapaian saya dari tempat-tempat seperti Pentagon di
Washington DC dan, selepas mendapat MBA, saya mendapat sendiri kerja di
mana saya dengan segera menjadi Pengarah Pemasaran walaupun dengan usia
saya yang muda.
Bagi orang yang melihat saya dari luar,
segala-galanya kelihatan baik … terlalu mudah (dilihat). Tetapi, tiada
siapa yang dapat melihat apa yang berlaku di dalam. Dari dalam, saya
dalam keadaan kacau-bilau.
Suatu Pencarian Untuk Kedamaian
Dalam banyak cara, peristiwa-peristiwa
dalam hidup saya adalah satu kekaburan. Dan ia adalah satu kekaburan
dalam ingatan saya untuk sebab yang baik – untuk menjauhkan kesakitan ,
sedih dan kitaran buruk kemusnahan diri.
Saya tidak mahu pergi secara terperinci
dalam bahagian ini kerana menghormati orang ramai yang boleh dipengaruhi
oleh apa yang saya tulis, tetapi apa yang saya boleh katakan ialah saya
jatuh ke dalam tempoh kemurungan klinikal kerana keadaan hidup saya
semasa itu, pengalaman yang saya terpaksa bertahan tahun demi tahun; dan
apabila saya fikir saya hampir pulih, saya telah membuat beberapa
keputusan hidup yang buruk yang menggelincirkan hidup saya untuk
beberapa tahun lagi.
Lebih daripada itu, saya adalah seorang
yang sangat pendiam, yang sukar untuk bercakap secara terbuka kepada
orang (walaupun kepada ibu bapa saya) dan, dengan itu, lebih suka
menyimpan segala-galanya dalam diri. Tambahan lagi, saya tidak pernah
benar-benar mempunyai tempat yang sesuai untuk membantu saya dan
menyelesaikan isu-isu yang melanda saya. Saya sering berpura-pura
gembira dan yakin untuk mengekalkan status quo supaya tiada siapa yang
akan bertanya kepada saya apa-apa dan saya tidak perlu berfikir tentang
apa yang menghantui saya. Semua ini sudah tentu satu formula untuk
kehancuran emosi.
Tetapi ada satu perkara – satu-satunya
perkara yang saya sentiasa boleh beralih kepada dasar, untuk menenangkan
diri saya dan untuk memfokuskan semula supaya saya sekurang-kurangnya
boleh berfungsi di tempat kerja dan dalam kehidupan. Agama. Saya
sentiasa mempunyai Tuhan.
Awal tahun lalu bermula agak cerah untuk
saya. Saya merasakan kebebasan yang baru ditemui kerana saya akhirnya
membuat kemajuan dalam menyelesaikan beberapa isu-isu peribadi dan
keluarga dan memandang ke depan untuk memulakan (kehidupan) pada banyak
peringkat. Kerjaya saya dalam media telah berjalan dengan baik dalam
kedua-dua tugasan tempatan dan antarabangsa, jadi saya merasakan seperti
saya mahu mengalami perkara-perkara baru dan mencuba gaya hidup yang
berbeza.
Saya tinggal dalam kehidupan yang agak
peribadi, tenang dan merendah diri, melakukan pekerjaan saya dan
menghabiskan masa di rumah, tetapi kerana beban yang ditarik balik, saya
telah mencuba untuk lebih banyak keluar, bersosial, menemui beberapa
rakan-rakan hipster, mula membuat penampilan dalam pelbagai program dan
parti-parti di sekitar bandar, dan juga mencuba-cuba sedikit dalam
fotografi seni di mana saya mendedahkan diri lebih daripada apa yang
buat sebelum ini. Saya berasa bebas dan hidup tetapi bagaimanapun, masih
merasa kosong.
Mungkin kerana kehidupan yang saya cuba
untuk hidup begitu asing kepada saya dan amat tidak sesuai bagi saya,
saya menyesal. Dan apabila kekosongan semakin meningkat, parti-parti
jadi membosankan, saya terperangkap dengan imej seksi dan rakan-rakan
hipster tidak membawakan (kehidupan) yang terbaik dalam diri saya,
pendek kata.
Saya mula membenci apa yang terjadi pada
diri saya dalam bulan-bulan yang singkat itu dan saya kembali merasa
kehilangan, tiada harapan dan keliru tentang dunia. Saya mahu kembali
kebiasaan, ketenangan, kebosanan tetapi bermanfaat, kehidupan peribadi
saya. Jadi, saya memutuskan diri saya sepenuhnya dan kembali kepada satu
perkara yang sentiasa bertapak dan memfokuskan saya semula.
Selepas menghentikan segala-galanya,
saya segera kembali kepada Tuhan dengan harapan untuk menemui kedamaian
sebenar saya dambakan. Dan perjalanan saya bermula…
Kebenaran Yang Menemuiku
Seperti yang dinyatakan, ini bukan kali
pertama saya memohon bantuan Tuhan untuk menenangkan diri saya dan
memberi tumpuan semula, tetapi entah bagaimana saya benar-benar mahu ia
menjadi untuk kali terakhir. Masa yang lain, saya akan memberi tumpuan
semula hanya cukup untuk terus hidup, tetapi kali ini, saya mahu Tuhan
untuk menjadi dan kekal sebagai panduan dalam hidup saya.
Saya mahu agama menjadi pilihan gaya
hidup saya, bukan hanya satu elemen dalam hidup saya. Saya telah cukup
berpengalaman dalam kehidupan sekarang untuk mengetahui jenis orang yang
saya mahu jadi dan memimpin jenis kehidupan yang paling selesa. Saya
mahu hidup dalam keadaan yang baik, bersih, hidup yang damai dan mahukan
keaslian.
Untuk mendapatkan keaslian, saya mahu
mencari gereja yang benar dan mudah bagi Kristian yang awal kerana saya
fikir, perlu ada cara yang betul untuk menyembah Tuhan. Saya fikir
bahawa orang-orang yang bersama Nabi Isa atau pengikut-pengikutnya dan
bagaimana mereka menyembah, harus menjadi cara yang betul. Saya dapati
gereja moden terlalu menonjol – seperti konsert rock, dan kurang
mendalam dan kejiwaan.
Saya juga mendapati beberapa teori
Kristian baru bertembung dengan sistem kepercayaan saya di mana orang
ramai tidak perlu mengubah teori agama untuk menyesuaikan keinginan
mereka sendiri. Satu kumpulan Kristian yang baru tidak patut dibuat
setiap kali sekumpulan orang tidak bersetuju dengan sesuatu unsur atau
mahu tambahan kepada apa yang mendahului. Oleh itu, fakta bahawa
terdapat lebih daripada 200 kumpulan dalam Kristian tidak menyenangkan
saya. Saya mahu keaslian. Saya mahu kebenaran. Saya mahu cara ibadah
yang betul.
Apa yang saya telah lakukuan, telah jadi
satu latihan akademik. Saya merasakan bahawa apa yang telah saya
lakukan ialah penyelidikan sejarah Kristian dan mendapatkan Bible
daripada Kristian yang awal dan manuskrip untuk mendapatkan petunjuk
tentang gereja mana, kumpulan mana yang betul… yang saya harus ikuti.
Saya tahu bahawa penulis sering tanamkan
laporan mereka dengan berat sebelah dan kepercayaan mereka, jadi saya
memilih buku-buku tentang sejarah Kristian yang ditulis oleh ahli
sejarah bukan agama dan pakar-pakar Bible. Saya tahu bahawa saya
terpaksa menggali secara mendalam dan kembali kepada peringkat yang
sangat permulaan tentang gereja kerana apa yang saya tahu mengenai
Bible.
Sebagai seorang pelajar Sarjana Muda,
saya belajar di sebuah kolej Jesuit di mana masih terdapat paderi
berjubah coklat mengajar dan menjaga dasar kampus. Wajib bagi pelajar
untuk mengambil kelas teologi Kristian sebagai sebahagian daripada
kurikulum. Dalam salah satu kelas, Jesuit yang bersyarah mengajar
sesuatu yang saya tidak pernah lupa. Kitab Bible itu telah disusun oleh
pope.
Kemudian, saya mendapati bahawa bab-bab
dalam Bible juga dipilih atau ditolak dan terdapat banyak versi yang
bercanggah. Jika Bible ini disusun oleh seorang lelaki atau sekumpulan
lelaki dan ada konflik dalam versi yang berbeza , maka apa terjadi
kepada agama itu sendiri? Saya perlu tahu. Saya mahu tahu kerana saya
mahu menjadi seorang Kristian yang baik yang mengikuti perintah-perintah
Tuhan bukan apa yang telah dipilih oleh seorang lelaki atau sekumpulan
lelaki pada masa lalu.
Pada ketika ini, saya ingin memberi
hormat saya kepada rakan-rakan Kristian kesayangan saya dan ahli
keluarga yang boleh membaca dan membiarkan anda tahu bahawa saya tahu
betapa indahnya sebahagian ajaran Kristian. Saya amat berbangga dengan
didikan Kristian yang saya terima. Saya berterima kasih untuk
nilai-nilai dan ideologi agama Kristian telah diterapkan dalam saya.
Dan, saya masih suka ajaran dan kehidupan Nabi Isa hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun, lebih jauh saya
melihat ke dalam sejarah, lebih banyak saya faham bahawa agama Kristian
dan teori-teori dan kepercayaan yang kita pegang kini, telah dimasukkan
oleh sekumpulan lelaki. Semakin banyak saya belajar tentang berapa
banyak usaha supaya beberapa konsep seperti Trinity disahkan dan
diterima, menunjukkan saya bahawa ia adalah hanya semata-mata – satu
konsep (dan sebenarnya, ia telah terbukti sebagai satu ciptaan teori dan
telah diambil dalam kebanyakan cetakan semula Bible moden).
Semakin saya mendapat tahu tentang Paul
atau Saul, penulis sepatutnya dalam Perjanjian Baru (Bible), lebih
banyak saya rasa terpaksa untuk terus menyelidik dan mencari kebenaran.
Selepas beberapa lama, saya membuat kesimpulan bahawa apa yang saya
perlu lakukan ialah adalah melihat agama yang telah diamalkan oleh Nabi
Isa, Daud, Ibrahim, Musa, Nuh dan sebagainya. Bukan agama yang telah
diturunkan kepada saya.
Saya tahu tiada di kalangan lelaki ini
adalah Kristian. Saya tahu bahawa Nabi Isa adalah seorang Yahudi yang
bercakap Aramaik tetapi tidak semuanya Nabi-nabi yang besar (adalah
Yahudi). Sesetengah para Nabi adalah orang Arab, sebahagiannya kaum yang
lain. Jadi, agama apa yang semua lelaki-lelaki agung ini (para Nabi)
amalkan? Kerana, itulah apa yang setepatnya yang saya mahu amalkan.
Mereka yang terbaik dan dipilih oleh Tuhan, jadi apa sahaja yang mereka
lakukan mesti betul.
Semasa menyelidik, menggali dan mencari
secara jujur, seorang rakan Muslim saya bertanya jika saya pernah
belajar apa-apa mengenai Islam. Memang diakui, saya tidak pernah. Saya
ingin berfikir bahawa saya tahu sedikit sebanyak tentang agama Kristian
dan sedikit tentang agama Yahudi tetapi agama Ibrahim ketiga, saya tidak
tahu apa-apa. Jadi, saya rasa jika saya mencari kebenaran dan Islam
berasal daripada tradisi yang sama, perlu juga ada petunjuk dalam Islam
bagi saya untuk dedahkan. Jadi, saya mula membaca, dan membaca, dan
membaca, dan saya tidak boleh berhenti.
Saya telah diserap sepenuhnya dengan
ajaran Islam daripada mula lagi. Seperti yang disentuh sebelum ini,
Islam secara mudah bermaksud “untuk menyerah (menyembah) kepada
satu-satunya Tuhan”. Dan, seorang Muslim adalah seseorang yang menyembah
kepada satu-satunya Tuhan.
Bila saya belajar, saya fikir, maksudnya
tiap-tiap orang dari tiga agama Nabi Ibrahim ini adalah seorang Muslim
dan kemudian mengamalkan Islam! Jadi, secara imbasan (tentang Islam),
ya, tetapi tidak cukup kerana dalam Islam, di sana bukan sahaja
penekanan kepada keesaan Tuhan, tetapi juga, kerana hanya ada satu
Tuhan, di sana mestilah ada juga, secara logik, hanya satu cara yang
betul untuk menyembah Tuhan.
Oh… ini mula kelihatan seperti apa yang saya cari selama ini.
Semasa saya terus membaca, saya dapati
diri saya mudah memahami cerita-cerita para Nabi Islam kerana mereka
Nabi-nabi yang sama yang saya belajar tentang mereka dalam Bible
Kristian. Saya dapati diri saya tertarik dengan cara Islam
menstrukturkan agama ke dalam gaya hidup dan bukan hanya satu daripada
kehidupan, dan saya dapati diri saya bersedia menerima cara orang Islam
menyembah Allah. Saya bermula dengan sebuah buku yang membandingkan
manuskrip purba dalam bahasa Aramaik , Arab dan Yunani.
Kemudian saya berpindah ke buku-buku
yang dikesan kebenaran tentang satu Tuhan melalui bukan sahaja Islam,
Kristian dan Yahudi tetapi melalui banyak agama lain di seluruh dunia.
Malah agama yang menyembah banyak Tuhan (politheistic) menerima bahawa
ada satu Tuhan yang agung. Kemudian, (berpindah) kepada buku mengenai
pandangan Islam terhadap Nabi Isa dan Kristian.
Kemudian, (berpindah) kepada buku
mengenai kepercayaan Islam dan sebagainya dan seterusnya. Buku demi buku
itu setiap satu (tajuk) kira-kira 10 hingga 12 buah telah saya baca,
telah meletakkan satu aturan untuk saya; membina pencarian dan
pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku tersebut dan membawa kepada
buku seterusnya untuk dibaca.
(Saya merasakan seperti Tuhan telah
membawa saya langkah demi langkah dan meletakkan setiap buku dalam
turutan yang sempurna bagi saya untuk melihat kebenaran. Dan, walaupun
ia adalah pilihan peribadi saya untuk mula mencari kebenaran, secara
ikhlas saya rasa sekarang bahawa kebenaran telah menemui saya.)
Dua buku terakhir yang saya baca adalah
tentang kesejagatan (sifat universal) Islam (bagaimana Islam boleh masuk
ke dalam mana-mana budaya dan bangsa dan menjadi panduan kepada apa-apa
situasi kehidupan) dan (buku) koleksi cerpen bagaimana orang lain
mencari Islam.
Secara jujur, semasa saya membaca
tentang kemasukan orang lain (ke dalamIslam) daripada paderi-paderi
Kristian kepada suri rumah Jepun, kepada kanak-kanak kecil di sekolah
Brazil dan bakal samseng di Amerika, tiada cerita yang menyentap diri
saya lebih daripada cerita yang ditulis oleh seorang wanita dari
Oklahoma yang berlatarbelakang Kristian yang mencari kebenaran. Apabila
saya membaca cerita beliau, ia refleks kembali pada saya dan saya
menangis dengan deraian air mata. Saya tahu dan yakin bahawa saya telah
menemui apa yang saya cari.
Dari Sekarang hingga Hari Akhirat
Baiklah, jadi saya menemui kebenaran yang saya mahukan. Sekarang apa (pula)?
Pada masa ini, walaupun saya tidak
ragu-ragu bahawa Islam adalah cara untuk pergi , isu kembali (revert)
(Umat Islam menggunakan perkataan “kembali” dan bukannya “menukar”
kerana ia percaya bahawa apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka
kembali ke jalan yang betul kepada satu penyerahan yang total kepada
Allah selepas tempoh yang sesat) masih satu keputusan yang amat sukar
dan serius bagi saya.
Saya mempunyai banyak kebimbangan
bagaimana reaksi ibu bapa, bagaimana reaksi rakan-rakan saya, bagaimana
reaksi rakan sosial saya dan sama ada saya akan kehilangan semua orang
dan semua orang sayang kepada saya jika saya secara rasmi menerima Islam
ke dalam hidup saya. Kemudian, ada isu kerja dan dari mana pendapatan
saya akan datang jika saya perlu mengakhiri kerjaya saya dalam media
supaya saya boleh berpakaian dengan betul dan memakai tudung. Banyak
perkara telah melalui fikiran saya semasa minggu-minggu tersebut.
Tetapi apa yang saya boleh simpulkan
adalah, jika Allah telah membimbing saya kepada Islam, maka saya tidak
mempunyai pilihan kecuali menerima (Islam), kerana saya tahu bahawa Dia
adalah yang Maha Baik, Maha Mengasihani dan mengetahui apa yang terbaik
untuk saya.
Tambahan pula, jika pilihan ini
menjadikan saya anak perempuan yang lebih baik, kawan yang lebih baik
dan orang yang lebih baik dan memberi saya lebih kedamaian, lebih
harapan dan lebih kebahagiaan, saya percaya bahawa orang-orang yang
menyayangi saya masih akan menerima saya tidak kira apa (yang terjadi) –
walaupun ia mengambil sedikit masa. Saya juga percaya bahawa, kerana
Tuhan adalah Pemberi Rezeki dan Pelindung yang terbaik, Dia akan
mengirim pekerjaan untuk saya, yang bukan sahaja sesuai dengan saya
tetapi juga boleh diterima dalam Islam.
Sebaik sahaja pemikiran ini telah
mengukuh dalam fikiran saya, saya fikir untuk mendapatkan al-Quran
terjemahan bahasa Inggeris Amerika untuk dibaca. Dan, ia adalah pada
hari yang saya meminta satu salinan terjemahan al-Quran daripada salah
satu guru Islam saya – apabila beliau bercakap kata-kata yang menusuk
hati saya dan membuatkan saya digenangi dengan air mata – bahawa saya
secara rasmi menerima Islam dengan membaca Syahadah atau Testimoni
Keimananan secara Islam.
Apa yang beliau katakan kepada saya? Apa
yang menyentuh hati seseorang tidak sama dengan yang lain tetapi saya
akan berkongsi salah satu perkara yang beliau tegaskan kepada saya.
Beliau berkata kepada saya, “Mengapa anda tidak menyerahkan sepenuhnya
diri anda dan menjadi seorang Muslim? (Perlu diingat bahawa Islam
bermaksud seseorang yang menyerahkan kepada satu-satunya Tuhan.)
Beliau tahu bahawa saya telah melakukan
penyelidikan yang meluas, membaca secara intensif dan telah datang
kepada kesimpulan bahawa Islam adalah kebenaran dan yang tepat untuk
saya. Melalui perbualan pendek kami hari itu, beliau juga tahu bahawa
saya merasakan seolah-olah saya telah Islam seluruh kehidupan saya
tetapi tidak tahu.
Bagi saya, kesedaran ini menunjukkan
bahawa saya telah Islam, jadi saya menjawab, “Saya sudah (Islam)”. Lalu
beliau pantas menjawab, “Tidak, anda belum (Islam)”. Mendengar kata-kata
itu mematahkan hati saya. Sesuatu telah terkoyak dalam diri saya dan
saya mula menangis. Ketika itu, saya menyedari dengan sepenuh kefahaman
bahawa tanpa mengisytiharkan dan memberikan komitmen diri saya kepada
kehidupan yang diserahkan kepada satu-satunya Tuhan, saya bukanlah
benar-benar berserah (Islam).
Saya merasakan saya seperti tanpa
disedari,telah menafikan Tuhan, menafikan kebenaran yang telah saya
temui, menafikan kepercayaan saya, bila saya mahu begitu banyak (kajian)
untuk menjadi baik dan tunduk kepada Tuhan dengan cara yang betul.
Kurang daripada sejam selepas kesedaran ini, saya menyerah dan menerima
Islam sebagai cara hidup saya.
Selepas membaca Syahadah, apa yang saya
rasa tidak boleh digambarkan dengan tepat. Saya merasakan satu sensasi
yang menyelinap dalam diri menyebabkan perasaan seperti pembersihan yang
menyeluruh. Saya rasa suci dan diberi cahaya, kedamaian dan kebahagiaan
yang hakiki. Saya tidak pernah merasakan kegembiraan yang tulus seperti
itu dalam hidup saya. Dan, perasaan ini berada hingga ke hari ini dan
saya tahu ia akan bersama saya hingga ke hari terakhir saya di dunia
ini.
Saya gembira dengan Allah, Perancang saya dan (gembira) dengan agama pilihan saya.
Kedamaian, Harapan dan Kehormatan
Saya tidak tahu bagaimana cerita saya
akan diterima tetapi saya harap kita akan terus menjadi sebahagian
kehidupan antara satu sama lain. Saya berharap kita meneruskan berkongsi
pandangan, berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain
dengan cara yang positif. Saya juga berharap untuk berkawan dengan
rakan-rakan baru dari mana sahaja, daripada setiap budaya dan agama.
Saya melihat ke hadapan untuk beralih daripada masa saya yang lalu
kerana apa yang penting ialah apa yang saya lakukan daripada sekarang ke
masa hadapan.
Ya, anda akan melihat saya berpakaian
berbeza dan saya juga boleh bercakap sedikit berbeza tetapi sebahagian
besarnya, saya hanya akan menjadi versi diri saya yang dinaik taraf.
Saya mahu menjadi orang yang lebih baik. (Jadi) seseorang yang lebih
baik, lebih memberi, lebih bijaksana, lebih prihatin, lebih bertimbang
rasa, lebih menghormati, lebih berlemah lembut, lebih tenang, lebih
memahami dan seseorang yang lebih mementingkan untuk memperbaiki dirinya
setiap hari.
Saya benar-benar berterima kasih kepada
ibu bapa saya untuk kasih sayang, keprihatinan dan persefahaman yang
mereka berikan kepada saya. Mempunyai sokongan dan kebenaran mereka
untuk memilih apa yang saya percaya yang terbaik untuk diri saya, adalah
satu restu sebenar yang akan selamanya saya syukuri.
Akhirnya, saya berdoa agar anda semua juga akan mencari kedamaian, harapan dan kehormatan dalam kehidupan anda sendiri.
P/S: Alhamdulillah… :’)
Alhamdulillah.... semoga aliza kim terus bahagia dan dilimpahi rahmat allah...
BalasPadamwww.villavitaminibu.blogspot.com
allahuakbar
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSetiap perjuangan memberi setiap kemanisan dan kepahitan yang membuat kita senyum KESYUKURAN kepada ALLAH S.W.T dan terus menjadi yang terbaik kerana ALLAH S.W.T. Insya'ALLAH amin
BalasPadam