Teringat masa sekolah menengah di alor setaq dulu.. ilahjy belajar
mengiling rempah kari dengan nenek saudara setiap kali cuti sekolah.
Nenek saudara tu adalah adik kepada atok ilahjy. Mereka punya ramai anak
yg masih kecil2. Jadi ilahjy amek peluang utk belajar masak, siang2
ikan dsnya dengan tok cik piah. Kalau dengan nenek sendiri agak susah
sikit.. sebab atok tak kasi ilahjy buat kerja2 di dapur. Tapi kerna
minat mendalam dalam masakan ilahjy pasti bercuti di rumah tok cik...
Ceduk dan mandi air perigi, guna dapur kayu untuk memasak. Dirumah nenek
sendiri semua dah lengkap ... tok cik duduk di kg tempat ilahjy
dilahirkan ..kg yg agak pendalaman. Tapi sekarang semua jadi sebaliknya
sebab zaman dah berubah.
Jom kita lihat resepi ingat2 lupa ilahjy belajar masak sekolah dulu di tahun 1979-1985.
Bahan2 ingat2 lupa ye hehe:
Resepi olahan ilahjy
2 sudu besar jintan kasar/manis
1sudu kecil jintan halus/putih
2 sudu besar rempah biji
1/4 sudu kecil lada hitam
10 tangkai cili kering nak pedas lebihkan
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Caranya:
Mesin kesemua bahan sehingga halus mulus.
Sedia untuk digunakan seperti biasa kita memasak kari.
Untuk gulai ikan agak berbeza bahannya:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar rempah biji
1 sudu teh halba
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Caranya:
Mesin kesemua bahan sehingga halus, sedia untuk digunakan.
http://ilahmasakanku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan