Ternyata sekarang ini musim panas dan
ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang
dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri
sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang
bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas
kerana cepatnya aliran angin.
Angin kencang dari kipas angin diarahkan
ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran
udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita
perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi
kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke
wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu
tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh
kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat
suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan
menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu
tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat,
serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika
kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan
jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan
akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di
dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka,
lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan
kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen,
serta membuat suhu tubuh kita menurun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan