Assalamualaikum dan salam ceria buat semua teman yang singgah sini.
apa macam..gebussss tak..
Resepi yg sedap dan simple ni ku sunting dari myr hasil karya kak fida..tq ye kak..sury share kat sini pulak.
Kek Minyak Kukus
Sumber: Kak Fida MyR
By: Sury 25febry
Bahan-bahan: (loyang 8 inci bulat)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
1 cawan susu segar (210g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla
Cara-cara:
Ayak tepung ke dalam mangkuk.
Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas.
Tutup loyang dengan alum. foil.
Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
**Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
Kek juga boleh dibakar.
http://25febry-chacha.blogspot.com/
tqvm sudi copy cat semua dr blog saya.
BalasPadam