Selasa, 28 Januari 2014

Lawak Pak Pandir Moden Yang Serius Menggeletek... bah 11

7. Pak Pandir naik kapal terbang
Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".



8. Pak Pandir tangkap ikan
suatu hari pak pandir dan pak kaduk pegi menjala ikan bersama2..pada hari itu nsb mereka sggh baik kerana mendapat bnyk ikan..kemudian pak kaduk pon berkata kepada pak pandir..

pak kaduk : Pandir kau mati mati kan dulu ikan- ikan nie..aku nak
pegi amik parang jap..nanti dah mati senang la ikan
nie nk disiang.
Pak pandir: Ok aku mati kan dl..kau pegi la amik parang cepat..

nak dijadikan cerita lawak nye. sekembalinya pak kaduk, beliau mendapati semua ikan-ikan itu dah tak ada..Jadi dengan perasaan marah yang meluap2 dia pon bertanya pada pak pandir.

Pak Kaduk : Pandir!!! mn ikan-ikan tu sumer??????
Pak pandir: Td ko gak suruh aku matikan ikan-ikan tu. Skg ni sume
slh kau. Ikan-ikan tu da ghaib trs.
Dgn perasaan hairan pak kaduk bertanya pada pak pandir..Camne ko mati kan ikan-ikan tu?..dan Pak pandir pon menjawab..."AKU LEMASKAN IKAN_IKAN TU"..


9. Pak Pandir kene kencing manis

Pada suatu hari di Hospital Besar Kota Bharu...
Pak Pandir menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa

Lelaki muda: Pok cik ni sakit gapo?
Pak Pandir: Kecing manih. Lamo doh.

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Lalu Pak Pandir bertanya orang muda di sebelahnya,

Pak Pandir: Tu bakpo pulok?
Lelaki muda: Kecemase (Kecemasan)
Pak Pandir: Oohh rupanya kecing mase (kencing masam) lebih teruk dari kecing manih (kencing manis).

10. Pak Pandir dgn motorsikal baru

Pak Pandir baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Pak Pandir itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Pak Pandir: Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Pak Pandir: Kalau rosak 1 gear ada 3 lagi gear.
Kawan Pak Pandir:????????

11. Kisah Pak Pandir Dan Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.
Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!

Pak Pandir termenung. Berapa ya?

Pak Pandir: Emmm...Empat kut?


12. Kisah Kawan Pak Pandir Dibaham Harimau

Pak pandir: Selamat pagi tuan

Polis: Selamat pagi...apa boleh saya bantu?

Pak pandir: Saya nak buat report tuan..

Polis: Pasal apa tu encik?

Pak pandir: Pasal kawan saya di baham harimau...

Polis: Pukul berapa

Pak pandir: Tak sempat pukul tuan...harimau dah ngap dulu..

Polis: ?? habis?..

Pak pandir: Tak habis tuan..kepala kawan masih ada lagi
Amacam...korang rasa macam kena geletek tak..?? hehehe.. 
http://jenaka-pak-pandir.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...