Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden
kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat,
berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat.
Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan
Arif, 7,berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari
waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah
Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga
itu.
Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada Sabtu, kata Hamzah ketika dihubungi Bernama sebelum berlepas
pulang.
Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang di sini.
Pada Khamis, anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal
itudiserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini oleh pihak berkuasa
Sweden dalamsatu majlis di pejabat kedutaan.
Mereka kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.
Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, keempat-empat
beradik itujuga dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia
pada majlis itu.
Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat
bukan Islam di sini berikutan penahanan Azizul Raheem, pegawai Tourism
Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, pada 18 Dis lepas.
Pihak pendakwaan juga memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan
tahananreman terhadap Azizul Raheem selama 11 hari lagi iaitu sehingga
10 Feb ini bagimembantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.
Difahamkan, mahkamah sama akan bersidang hari ini bagi memutuskan penahanan reman terhadap Shalwati.
Tahanan reman Azizul dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak merekaditahan.
Tiada had penahanan reman di Sweden.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan